Anda di sini

Pesta tambung di penghujung Syaaban

Advertisement
 Penulis bersama semua pemancing bergambar ramai di jeti kudat.
ALBUM KENANGAN: Penulis bersama semua pemancing bergambar ramai di jeti kudat.

MISI memburu ikan tambung mega di spot perairan Kudat yang dirancang sejak tiga tahun lalu selepas dibuli dan dibelasah spesies ganas itu beberapa trip tahun lalu terpaksa ditunda berulangkali kesan penangan pandemik COVID-19 dan semua pemancing laut dalam (deepsea fishing) terpaksa akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang cukup menyeksa perasaan peminat joran.

Namun semangat jati juang para pemancing tegar tetap kukuh dan redha dengan ketentuan takdir yang telah menzahirkan pelbagai hikmah dalam menghadapi kerumitan hidup serta menguji keimanan terhadap kebesaran Illahi.

Betapa tidak, kebebasan berkelana di tengah lautan yang sering mencabar serta menguji jatidiri warga pemancing tetiba terkongkong oleh situasi tidak pernah terduga.

 Nasrin memperaga GT hasil pancingan hari kedua.
HASIL PANCINGAN: Nasrin memperaga GT hasil pancingan hari kedua.
 Rudy berjaya memperdaya seekor tambung di takat rahsia.
TAMBUNG: Rudy berjaya memperdaya seekor tambung di takat rahsia.

Alhamdulillah, selepas kelonggaran diberikan pihak berwajib, jadual trip baharu pasca PKP disusun kembali untuk mengulangi kegemilangan dan kecemerlangan hasil pancingan di takat rahsia Kapten Din semasa trip 'Geng Perasap berpesta di takat Balambangan' awal November 2017 dan trip 'Geng Perasap beraksi di bulan purnama' Disember 2017.

Spot Bonanza dan spot Balambangan memang tidak asing bagi Geng Perasap dan semua pemancing negeri dibawah bayu kerana beberapa trip di sini hasil pancingan dasar mahupun teknik jigging tidak pernah mengecewakan  pemancing.

Dari spesies pelbagai kerapu @ Coral Cod, Aji-Aji @ Amberjack, Ruby Snapper, Landuk @ Red Spot Emperor (Lethrinus elongates), Tambung, [email protected] Golden Emperor, [email protected] Malabar Red Snapper, Cupi @Red Emperor, Tenggiri @ Spanish Mackerel, [email protected] Tuna, Kerisi [email protected] Delagoa Threadfish Bream, [email protected] Branden Barracuda, Kacang [email protected] Barracuda, Katumbang; Lapeh, Ikan [email protected] Giant Trevally dan [email protected] Rainbow Runner semuanya pelahap dan berjaya dinaikkan sebaik umpan dan metal jig dihulurkan.

Misi kali ini di akhir bulan Syaaban 1442H menunjukkan bulan hampir gelap, dikhabarkan akan berhadapan hujan ribut dan fenomena arus deras.

Kami meyakini kepakaran dan pengalaman tekong Din yang tersohor di Kudat dan pantai barat yang memiliki banyak takat rahsia ikan mega mampu menggalas cabaran itu, sekaligus tidak mematahkan semangat para pemancing tegar yang sanggup memandu jauh dari pantai timur semata-mata melayan hobi hanyir yang mahal itu.

 Arie Suparie memperaga ikan Katumbang (Lutjanusrivukasus@Kalawai).
KATUMBANG: Arie Suparie memperaga ikan Katumbang ([email protected]).
 Rudy berjaya memperdaya seekor tambung di takat rahsia.
TAMBUNG: Rudy berjaya memperdaya seekor tambung di takat rahsia.

Trip kali ini disertai team juara-juara jigging Ruby Mega dari Lahad Datu Jingger United ( LDJU), Paris diketuai Rusdi, Sahrilsah, Robiyanto, Zulfahmi dan Nasrin. 

Dari Sandakan disertai team Geradak Sintak dan diketuai Riduwan, Zamri dan Rumidi, sementara dari Geng Perasap diketuai Arie Suparie(Sipitang), Zaharuddin (Johor) dan Pak Chad (Papar).

Selepas mendapatkan umpan dan menjamu selera di pekan Kudat, semua pemancing berkumpul di jeti mematuhi SOP PKP memeriksa suhu, mendaftar dengan MySejahtera dan buku kesihatan sebelum memasuki kapal.

Ketika kapal melucur laju ke tangah lautan sebahagian pemancing sibuk mengurus peralatan pancing sambil bersuai kenal dan berborak mesra.

Sesekali kedengaran hilai tawa mendengar lawak Riduwan dan Zamri hingga sepanjang trip pemancing tak kering gusi dan kemesraan antara peserta trip cukup mengasyikkan, meskipun kekadang berlaku tali pancing berbelit kesan batu ladung dihanyut arus deras atau saat umpan dilarikan ikan gadang, semuanya diladeni dengan saling memahami dan penuh kesabaran.

Setiba di spot pertama waktu hampir senja, semua pemancing tidak sabar melabuh umpan ke dasar dengan harapan menggunung mendapat sambaran ketika peluit pertama dibunyikan kapten kapal.

Arus deras yang menghanyutkan batu ladung hampir 60° di atas air memaksa pemancing  memberatkan lagi batu ladung supaya tepat mencecah lantai dasar takat.

Kesemua pemancing tetap bersabar menunggu getuan ikan dasar, sementara Sahrilsah cuba melakukan aktiviti jigging di belakang kapal. 

 Riduwan dan Zulfahmi bergambar kenangan dengan hasil tangkapan mereka.
PUAS HATI: Riduwan dan Zulfahmi bergambar kenangan dengan hasil tangkapan mereka.
 Riduan bersama rakan pasukannya Zulfahmi memperlihatkan hasil yang diperolehi.
GANDINGAN MANTAP: Riduan bersama rakan pasukannya Zulfahmi memperlihatkan hasil yang diperolehi.

Puas menunggu sambaran umpan segar dan metal jig namun tiada sebarang reaksi dari penghuni dasar, sehinggalah sebelah malam berpindah ke takat seterusnya barulah kedengaran mesin elektrik Riduwan berdesing dan berjaya menaikkan [email protected] Luping (Lethrinus elongates) mega dikuti Rusdi dan Robiyanto menarik naik kerisi [email protected] Delagoa Threadfish Bream dikuti pemancing sebelah kiri dan depan kapal turut menaikkan kerisi bali, kerapu dan pelbagai spesies ikan termasuk pisang-pisang dan durian-durian.

Menjelang malam kesemua pemancing meneruskan aktiviti pancingan. Suparie yang duduk di belakang kiri kapal menghulurkan umpan segar ke dasar dan membiarkan drag mesin letriknya sedikit longgar memudahkan penggeranya berdesing kuat apabila disentap penghuni dasar.

Sehinggalah menjelang dinihari hanya sesekali bunyi mesin elektrik menjerit menarik ikan bersaiz sedarhana dan penulis mendapat seekor kerapu juvenile hasil jigging di belakang kapal sementara pemancing depan kiri kapal dan Arie berjaya menewaskan tambung gadang.

Keesokan harinya tekong Din meneruskan pelayaran ke kawasan takat rahsia Bonanza laut menduga beberapa kawasan takat yang sebelum ini dihuni pelbagai spesies ikan pelagik termasuk [email protected] Spanish Mackerel, Jenahak @Golden Snapper, Tambung @ Red Sea Bream, [email protected] Aji, Tenggiri dan Kertang.

 Kapten Masdin (kanan) berbual mesra bersama Arie Suparie (tengah) sebelum meneruskan pelayaran.
SANTAI: Kapten Masdin (kanan) berbual mesra bersama Arie Suparie (tengah) sebelum meneruskan pelayaran.
 Riduwan berjaya menewaskan seekor Kingfish mega.
KINGFISH: Riduwan berjaya menewaskan seekor Kingfish mega.

Namun usaha dan percubaan demi percubaan di takat-takat sebelum ini merupakan spot paling keren hanya mendapat sambaran berkala, sehinggalah tiba di takat berkedalaman lebih 100 meter barulah joran Riduwan menunduk diringi bunyi mesin Miya CX5 berdesing kuat kesan umpan digonggong ikan Kingfish.

Apabila angin mulai bertiup dan  kaki langit kelihatan mulai gelap, kapten Din beralih ke takat lautan Bonanza bawah bagi mengelak badai ribut dan gelombang laut yang dijangka meninggi pabila ribut menggila.

Misi memburu tambung mega dan kertang yang belum kunjung datang diteruskan.

Sesekali kedengaran gurau senda pemancing memecah kesunyian sambaran ikan meliggan umpan, tetiba sekali lagi mesin Riduwan, Rusdi dikuti Zahar, Nasrin, Ramidi, Zamri, Zulfahmi dan Suparie menjerit, masing-masing menaikkan tambong, kerisi bali, kerapu, lapeh dan katumbang.

Sementara sebelah malam hari ketiga kesemua pemancing bersedia bertarung di takat tambung yang dikatakan tarikannya mampu mengecewakan pemburunya.

Kapten Din yang paling rajin berpindah mencari takat mantul mengarahkan anak kapal menarik jangkar beralih sedikit ke kedudukan tepat atas takat.

 Pak Chad dengan hasil pancingan di takat rahsia Bonanza.
MERIAH: Pak Chad dengan hasil pancingan di takat rahsia Bonanza.
 Sahrill mendapat hasil jigging.
HASIL: Sahrill mendapat hasil jigging.

Sebaik sahaja kedudukan kapal tegak di atas hamparan takat, kesemua pemancing terus melabuhkan umpan sambil diringi rintik hujan renyai-renyai. 

Jam menunjukkan hampir jam 11.00 malam sejam sebelum berpindah ke takat Kapal Karam Balambangan, Zahar mendapat sambaran dan terus menekan punat mesin pancing sambil dibantu Suparie. Seekor ikan tambung mega berskala 6kg yang membelit tali pancing Zahar selepas menyentap umpan pancing Suparie berjaya didaratkan.

Jam 2.00 pagi, kapten Din membawa kami singgah ke takat Balambangan meneruskan perburuan ikan-ikan mega yang menjadi idaman pemancing sebelum berangkat pulang.

Tiupan angin subuh di lautan Balambangan membuat sebahagian pemancing terlena keletihan dalam kabin kapal yang dilengkapi pendingin hawa.

Keesokan pagi selepas sarapan kapal tekong Din meluncur laju, berangkat pulang ke jeti dan tiba sebelum azan zohor mengumandang. - Artikel sumbangan Arshad Hj Hussin

Advertisement