Anda di sini

Patuhi SOP semasa berkunjung ke Pelangi Foodkios Kampung Nangka

Advertisement
JEFFERY
JEFFERY

SIBU: Pelangi Foodkios di Kampung Nangka dekat sini bakal menjadi tumpuan orang ramai sepanjang bulan puasa.

Memikirkan keadaan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelangi Foodkios Kampung Nangka Jeffery Bakar menasihati para peniaga dan pengunjung supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Tegasnya, ini bagi mengelak berlakunya penularan wabak COVID-19 yang boleh menyebabkan kemunculan kluster baharu.

“Sebab itu saya menasihati para peniaga dan pengunjung supaya tidak mengabaikan SOP dengan memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan menyediakan cecair pembasmi kuman.

“Kita tidak mahu hanya disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Bagi mengurangkan kesesakan pengunjung katanya, pihak jawatankuasa telah menetapkan laluan sehala dan mengehadkan jumlah pengunjung.

Beliau berkata, pihak Maj-lis Perbandaran Sibu (MPS) juga telah menyediakan besi penghadang untuk memastikan pengunjung mematuhi SOP ditetapkan.

“Pengunjung yang datang akan melalui satu pintu masuk sahaja dan di sana mereka akan diambil suhu dan merekodkan kemasukan mereka melalui aplikasi MySejahtera atau pada buku yang disediakan.

“Di pintu masuk, akan ada anggota RELA ditempatkan bagi membantu mengawal jumlah pengunjung dalam satu masa,” katanya.

Dalam pada itu, Jeffery memberitahu bahawa semua peniaga di Pelangi Foodkios Kampung Nangka telah menjalani ujian calitan pada 7 April lalu.

Beliau menambah, kese-mua peniaga juga telah mengikuti kursus pengendalian makanan dan diberi vaksin tifoid.

“Daripada 17 kios, hanya 15 kios akan beroperasi sepanjang bulan puasa ini,” katanya.

Sementara itu, pada 1 April lalu pihak MPS telah meluluskan bazar Ramadan di tiga lokasi di Sibu iaitu di Dataran Bandar Sibu Fasa 2, Pelangi Foodkios Kampung Nangka dan Bandong Walk.

Bagaimanapun, peningkatan jumlah kes COVID-19 menyebabkan pihak majlis telah bermesyuarat pada 7 April dan membuat keputusan untuk memba-talkan penganjuran bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2 tahun ini.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee semasa siaran langsung Facebook menjelaskan bahawa MPS masih membenarkan mereka yang baharu dan sedang beroperasi di hadapan rumah masing-masing untuk meneruskan operasi.

Dr Annuar berkata, peniaga di Pelangi Foodkios dan Bandong Walk perlu mematuhi SOP yang ditetapkan untuk bazar Ramadan.

Advertisement