Anda di sini

MUIS agih bantuan khas Ramadan RM9 juta

Advertisement
 Tun Juhar (tiga kanan) semasa menyaksikan simbolik penyerahan bantuan Ramadan.
SAKSI: Tun Juhar (tiga kanan) semasa menyaksikan simbolik penyerahan bantuan Ramadan.

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Bahagian Zakat dan Fitrah mula mengagihkan bantuan khas Ramadan sebanyak RM9 juta. 

Menteri Tugas-tugas Khas Sabah Datuk Arifin Mohd Arif berkata, pengagihan tahunan ini akan diserahkan kepada 45,000 orang penerima dari golongan asnaf fakir, miskin dan mualaf di seluruh Sabah. 

Tambahnya, jentera-jentera yang dilantik oleh MUIS di seluruh daerah juga telah mengenalpasti senarai penerima itu dan agihan akan dilakukan sepanjang bulan Ramadan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pada Isnin.

Menurutnya, tujuan kunjungan itu adalah untuk melakukan simbolik penyerahan bantuan Ramadan yang disampaikan oleh Setiausaha MUIS Ramlan Awang Ali kepada Pengerusi Jawatankuasa Zakat Fitrah Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar dan disaksikan oleh Tun Juhar sendiri.

Agihan bakal melibatkan 10,291 orang penerima fakir dengan jumlah bantuan bernilai RM2,058,200 manakala sejumlah RM6,941,800 bakal diagihkan kepada 34,709 penerima miskin dan mualaf.

  • oleh
  • Advertisement