Anda di sini

Lelaki parah kereta langgar pokok

Advertisement
 Pasukan bomba melaksanakan operasi mengeluarkan mangsa tersepit di dalam kenderaan.
OPERASI: Pasukan bomba melaksanakan operasi mengeluarkan mangsa tersepit di dalam kenderaan.


SIPITANG: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas kereta dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar pokok di Gereja Batu 1, Jalan Sipitang di sini pagi tadi.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Anwar Bahrin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.53 pagi.

“Bertindak dengan panggilan, kota menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang ke lokasi sejauh tiga kilometer dari kawasan balai.

“Kejadian membabitkan sebuah kereta jenis kompak yang melanggar pokok menyebabkan seorang lelaki berumur 30 tahun tersepit di dalam kenderaan berkenaan,” katanya.

Menurutnya pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan kebombaan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS di lokasi sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Sebaik memastikan lokasi dan persekitaran selamat operasi keseluruhan ditamatkan jam 12.26 tengah hari,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement