Anda di sini

Ketua-ketua institusi agama Sarawak sokong penuh program imunisasi COVID-19

Advertisement
 

KUCHING: Ketua-ketua institusi agama di negeri ini sebulat suara menyokong program imunisasi yang dilaksanakan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Ketua-ketua institusi agama menerusi kenyataan kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini, berkata demikian selepas pertemuan bersama kerajaan negeri baru-baru ini bagi membincangkan hal berkaitan selain mengemas kini mereka mengenai program imuninasi yang dilancarkan.

"Majlis Islam Sarawak telah menyatakan bahawa ia menjadi tanggungjawab seseorang untuk menjaga keselamatan diri dengan mengambil vaksin sebagai pencegahan daripada jangkitan virus.

"Ini juga merupakan pendirian institusi agama utama lain di Sarawak termasuk Persatuan Gereja-Gereja Sarawak, Persatuan Kristian Evangelis Sarawak, Persatuan Buddha Malaysia Cawangan Sarawak, Majlis Hindu Sangam Negeri Sarawak, Persatuan Kuil Sikh Sarawak, Majlis Rohani para Baha'i Sarawak dan Persatuan Hokkein Kuching yang mewakili Taoist.

"Kita harus berdiri sebagai satu, tidak kira apa bangsa atau kepercayaan yang kita wakili, sebagai tindak balas terhadap pandemik ini kerana ia tidak membeza-bezakan bangsa atau agama," katanya.

Sehubungan ketua-ketua institusi agama itu memohon kepada orang ramai agar mendaftarkan diri mendapatkan vaksin dan menyokong program imunisasi kerajaan negeri yang merupakan salah satu usaha inklusif, tanpa meminggirkan siapa.

Katanya, kerajaan negeri mengakui peranan penting institusi agama di Sarawak terutama dalam mempromosikan program imunisasi kerajaan, yang bertujuan mewujudkan keimunan kelompok dalam kalangan penduduk.

Katanya, sokongan sebulat suara dari ketua-ketua institusi agama mengenai Program Imunisasi COVID-19 Sarawak dalam pertemuan itu merupakan satu lagi kemajuan signifikan terhadap program. 

  • oleh
  • Advertisement