Anda di sini

Ibu bapa kandung kanak-kanak lelaki dicari

Advertisement
 Kanak-kanak lelaki yang disiasat kes mangsa pengabaian.
MANGSA: Kanak-kanak lelaki yang disiasat kes mangsa pengabaian.

SANDAKAN: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan sedang mengesan ibu bapa kandung atau waris seorang kanak-kanak lelaki bagi membantu siasatan kes mangsa pengabaian.

Penolong Pengarah Bahagian Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan Rohainah Abbas berkata, pihaknya sedang menjalankan satu siasatan untuk mengesan keluarga atau waris seorang kanak-kanak lelaki, mangsa pengabaian, setelah dirujuk oleh pengadu Rossil Diaz pada 29 Mac lepas.

“Kanak-kanak ini ditinggalkan sejak 2014 dan ibu bapa kandung dimaklumkan sudah pulang ke negara Filipina,” katanya di sini.

Beliau berkata, kes ini sedang diambil tindakan di bawah Seksyen 17 (1) (d) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).

Sehubungan itu, Rohainah meminta ibu bapa kandung kanak-kanak itu tampil membantu siasatan bagi memudahkan segala urusan berkaitan kanak-kanak ini.   

Untuk sebarang maklumat, boleh menghubungi Pegawai Pelindung Bahagian Sandakan Sharmilla Marzuki di Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan (Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah), Aras Bawah Bangunan Urusetia Negeri, Jalan Labuk  Batu 7, Peti Surat No.1197 90000 Sandakan atau di talian 089-668494 dan 089-667821 (pejabat).
 

  • oleh
  • Advertisement