Anda di sini

Ewon tekad terus bawa pembangunan untuk Kadamaian

Advertisement
 Ewon (tengah) menyampaikan sijil penghargaan dan hamper kepada salah seorang penerima pada majlis itu.
PENGHARGAAN: Ewon (tengah) menyampaikan sijil penghargaan dan hamper kepada salah seorang penerima pada majlis itu.

KOTA BELUD: Biarpun menjadi wakil rakyat dari blok pembangkang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick terus bertekad untuk membawa pembangunan di kawasan berkenaan.

Beliau turut meyakinkan akan memainkan peranan menerusi pendekatan 'semak dan imbang' terutama dalam hal berkaitan pembangunan dan isu-isu rakyat Kadamaian. 

"Sepanjang tempoh 2018-2020, kita melihat keprihatinan kerajaan berhubung keperluan pembangunan di Kadamaian.

"Sehubungan itu, rakyat Kadamaian harus terus menuntut usaha pembangunan dari kerajaan yang ada pada hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada mantan ketua adat, ketua kampung dan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian Lantikan Sesi 2018-2020 di sini kelmarin.

Pada majlis itu, seramai 238 mantan ketua-ketua adat, ketua kampung dan pengerusi dan setiausaha MPKK DUN Kadamaian bagi lantikan sesi 2018-2020 menerima sijil penghargaan dan hamper daripada Ewon.

Majlis yang diadakan di Dewan Terbuka Kadamaian Square Taginambur itu turut dihadiri Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraisah Munirah Majilis; mantan ADUN Kadamaian Datuk Yapin Gimpoton; mantan Ketua Daerah Kadamaian Jaintin Molondoi; dan mantan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian Saikom Watis. 
 

  • oleh
  • Advertisement