Anda di sini

1 Ramadan bermula hari ini

Advertisement
 Anak-anak yatim menerima sumbangan makanan daripada para dermawan di wilayah selatan Thailand Pattani kelmarin. — Gambar AFP
MENJELANG RAMADAN: Anak-anak yatim menerima sumbangan makanan daripada para dermawan di wilayah selatan Thailand Pattani kelmarin. — Gambar AFP

KAHERAH: Ramadan, bulan mulia umat Islam berpuasa, akan bermula hari ini di Mesir dan Lubnan, umum pihak berkuasa keagamaan kedua-dua negara itu kelmarin.

“Tarikh 13 April akan menjadi hari pertama bulan Ramadan,” menurut Dar al-Ifta di Mesir, institusi yang mengeluarkan titah keagamaan di negara paling ramai penduduk di dunia Arab.

Di Lubnan, ulama kanan Islam Sunnah Mufti Agung Sheikh Abdellatif Deryan turut mengesahkan bulan mulia itu akan bermula pada hari ini.

Permulaan Ramadan ditetapkan dengan pengiraan bulan dan penglihatan secara fizikal yang menentukan tarikh anak bulan.

Arab Saudi, penjaga dua masjid paling suci bagi umat Islam, menyatakan anak bulan, yang biasanya digunakan bagi menentukan permulaan bulan, tidak kelihatan kelmarin sekali gus ini bermakna 1 Ramadan adalah hari ini.

Bulan puasa Ramadan adalah salah satu daripada lima rukun Islam.

Penganut Islam dilarang makan dan minum dari subuh hingga senja, sebelum berkumpul bersama ahli keluarga dan rakan-rakan untuk berbuka puasa.

Ia juga merupakan masa untuk bertarawih di mana umat Islam biasanya berhimpun beramai-ramai di masjid.

Namun disebabkan pandemik Covid-19, banyak negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam telah melaksanakan sekatan terhadap penganutnya termasuk perintah berkurung waktu malam dan meminta bertarawih dilakukan di rumah. — AFP

Advertisement