Anda di sini

Ruslan rasmi Program Gotong-royong Denai Sungai Kebangsaan Peringkat Sabah Cawangan Beaufort

Advertisement
 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam (dua kanan) merasmikan Program Gotong-royong Denai Sungai Kebangsaan Peringkat Sabah Cawangan Beaufort sempena Sambutan Hari Air Sedunia tahun 2021 di kampung Karangan, Beaufort. 

Objektif Program adalah untuk mengajak komuniti setempat membersihkan dan mengindahkan rizab sungai di Kawasan masing-masing serta mengawal pencemaran sungai.

Program itu juga selaras dengan Program Denai Sungai Kebangsaan bagi melestarikan sumber air melalui pendekatan nature-based solutions. 

Ruslan berharap agar aktiviti seumpamanya akan menjadi budaya dan amalan penduduk setempat bukan sahaja masyarakat Kg Karangan tetapi semua masyarakat Daerah Beaufort. Penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.
 

  • oleh
  • Advertisement