Anda di sini

Remaja maut, motosikal berlanggar 4WD di Sibu Jaya

Advertisement
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

SIBU: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di persimpangan lampu isyarat Sibu Jaya pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 petang itu, George Jua, 18, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata kemalangan berlaku ketika mangsa bergerak dari arah kediaman Flat Sibu Jaya menuju ke jalan utama Sibu-Durin.

"Bagaimanapun, ketika tiba di persimpangan lampu isyarat, motosikal yang ditunggang mangsa telah berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah Masjid Sibu Jaya.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa yang beralamat di Rh Doris, Sungai Pasai di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Sibu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Stanley berkata pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan, 37, kemudian ditahan di bawah Seksyen 112 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, pemandu tersebut yang bekerja sebagai mekanik jentera berat bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas direkodkan kenyataan.

  • oleh
  • Advertisement