Anda di sini

Program ilmiah bantu bentuk sahsia warga pendidik

Advertisement
Joachim (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta kursus
KENANGAN:Joachim (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta kursus

RANAU: Guru adalah aset paling ternilai dalam mendidik serta melahirkan generasi muda berkualiti kepada negara. 

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, peranan guru sangat penting dalam membentuk sahsiah masyarakat terutama generasi muda menjadi pelapis masa depan negara.

Katanya, melalui warga pendidik ilmu diterapkan ke dalam setiap anak bangsa dalam usaha mendidik mereka menjadi warga yang berguna.

"Generasi muda ini merupakan pelapis kepada negara. Justeru, anak-anak murid perlu dididik dari kecil lagi. 

“Mereka perlu diasuh dan dibentuk sebagai generasi yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi agar tumbuh rasa setia dan taat setia yang tidak berbelah bahagi, " katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Kursus Perkembangan Warga Pendidik Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Padang, Kota Kinabalu yang diadakan di sini, hari ini.

Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, penganjuran program seumpamanya adalah bukti pihak sekolah komited dalam mengurus kakitangan sekolah melalui program berbentuk ilmiah serta mampu membina Kumpulan kerja yang cemerlang pada setiap masa.

"Justeru, kepada semua guru-guru dan kakitangan sekolah, didiklah anak-anak kita dengan menghargai keamanan dan kemakmuran. 

“Saya menyeru kepada semua yang ada di sini bersama-sama dengan pihak kerajaan mewujudkan generasi yang berpegang teguh kepada budaya tradisi dan memperkukuhkan keharmonian kaum,” katanya
 

  • oleh
  • Advertisement