Anda di sini

Pejuang jihad serang bangunan kemanusiaan di pekan terpencil Nigeria

Advertisement

KANO: Pejuang jihad yang dikaitkan dengan Islamic State di Nigeria telah menyerang beberapa bangunan kemanusiaan di pekan terpencil timur laut

Damasak, pekerja bantuan memaklumkan kepada AFP pada Sabtu lepas.

Serangan, yang berlaku pada lewat Sabtu lepas, adalah yang kedua dalam masa dua bulan menjejaskan salah satu dari sembilan buah hab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di negara ini.

Para pejuang dari Islamic State West Africa Province (ISWAP) telah menyerbu

Damasak, di wilayah Borno, membakar beberapa buah bangunan milik pertubuhan bantuan antarabangsa tersebut.

"Para pejuang ISWAP adalah masih di dalam Damasak, bergerak di jalan raya, melepaskan tembakan dan membakar bangunan kemanusiaan,” menurut seorang pekerja bantuan yang meminta namanya tidak dikenali.

Hab PBB telah hangus selepas kebakaran dilakukan di pejabat berhampiran milik sebuah badan kebajikan antarabangsa merebak ke bangunan PBB, menurut seorang pekerja yang kedua.

Pejabat untuk tiga NGO antarabangsa lain telah turut dibakar oleh pengganas yang menawan pekan tersebut, tambah pekerja bantuan yang kedua.

Pembakaran api yang masih berlaku di dalam kawasan sebuah gudang NGO telah merebak sehingga ke bangunan hab kemanusiaan, menurut satu memo PBB yang telah dilihat oleh AFP.

Seorang sumber tentera mengesahkan serangan Sabtu lepas di Damasak, namun menyatakan militan gagal untuk menawan pekan itu.

“Mereka datang melalui pekan ke arah Briged namun mereka telah dihalang,” menurut pegawai tentera, bercakap dengan syarat dirahsiakan, tanpa memberikan maklumat lanjut.

Beberapa penduduk dilaporkan melarikan diri dari pekan menuju ke negara jiran Niger.

Damasak telah beberapa kali menjadi sasaran oleh militan ISWAP yang melakukan beberapa cubaan yang gagal bagi menawan sebuah kota kara tentera di luar pekan.

ISWAP, yang berpecah dari kumpulan pejuang jihad Boko Haram pada 2016, telah menjadi satu ancaman dominan di Nigeria, menyerang anggota tentera dan pangkalan di samping membunuh dan menculik penumpang di pos pemeriksaan palsu.

Pada 1 Mac, pejuang jihad ISWAP telah menawan sebuah hab PBB di Dikwa, membunuh enam orang awam dan memaksa pekerja bantuan untuk berundur sementara dari pekan di sebalik keperluan kemanusiaan yang mendesak.

Disebabkan oleh kawalan keselamatan yang semakin teruk, para pekerja kemanusiaan di Nigeria telah berusaha untuk memberikan bantuan, dengan jumlah orang yang memerlukan bantuan segera diramalkan meningkat kepada 8.7 juta pada tahun ini.

Presiden Muhammadu Buhari telah merombak semula pentadbiran tentera pada tahun ini, meningkatkan harapan bagi satu perubahan dalam strategi bagi menamatkan konflik selama 12 tahun yang telah mengorbankan 36,000 orang dan memaksa kira-kira dua juta orang meninggalkan kediaman mereka. — AFP

Advertisement