Anda di sini

PBS DUN Bengkoka akan bangkit semula

Advertisement
Julita (tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama dengan ahli PBS DUN Bengkoka.
KENANGAN:Julita (tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama dengan ahli PBS DUN Bengkoka.

KUDAT:Parti Bersatu Sabah (PBS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka perlu bangkit untuk memperbaiki budaya kerja serta memajukan parti.

Ketua Penerangan PBS Datuk Julita Mojungki berkata, kepimpinan yang baharu diangkat dalam Mesyuarat Agung Tahunan PBS tahun ini harus bersatu dan bekerjasama demi kekukuhan parti.

“Tahniah dan syabas kepada Dr. Samuil Mopun kerana telah diberi kepercayaan untuk memimpin bahagian ini.

"Semoga PBS DUN Bengkoka akan terus maju ke hadapan seiring dengan bahagian yang lain,” katanya ketika menerima sebanyak 674 borang keahlian baharu pada Mesyuarat Agung Tahunan PBS bagi DUN Bengkoka, semalam.

Beliau berkata, penyertaan 674 ahli baharu ke dalam PBS membuktikan penerimaan rakyat Sabah terhadap parti itu yang terbuka kepada semua  kaum.

Katanya, sebagai sebuah parti berbilang kaum, PBS sentiasa memperjuangkan nasib semua tanpa mengambilkira latarbelakang kaum atau agama. 

Julita berkata, PBS akan menjadi lebih kuat jika barisan kepimpinan bersatu dan saling hormat menghormati. 

Katanya, pemimpin perlu menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat demi menarik lebih ramai menyertai parti itu.
 

  • oleh
  • Advertisement