Anda di sini

Pelantar minyak kemungkinan diwujudkan di Balingian dan Mukah - Abang Johari

Advertisement
Abang Johari ketika berucap pada majlis, hari ini.

MUKAH: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari tidak menafikan kemungkinan pelantar minyak akan diwujudkan di kawasan Mukah dan Balingian.

Ini berdasarkan satu kenyataan pihak Petronas baru-baru ini yang menemui satu telaga minyak dan gas di perairan cetek kawasan Balingian.

"Bagaimanapun, masih terlalu awal, kita perlu lihat dulu apa kegiatan Petronas nanti," katanya dalam satu sidang media di Medan Selera Mateding hari ini.

Namun, Abang Johari pada masa sama mengatakan manfaat daripada penemuan tersebut nanti bukan sahaja bakal dinikmati oleh penduduk di kawasan Balingian, namun seluruh kawasan Mukah.

Apa yang penting lagi katanya, Sarawak dan kawasan berkenaan memang mempunyai sumber yang berpotensi serta boleh digunakan.

Petronas pada 30 Mac lalu telah mengumumkan satu penemuan minyak dan gas baharu di telaga cari gali ‘wildcat’ Sirung-1 dalam Blok SK405B Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC).

Ia terletak di perairan cetek wilayah Balingian iaitu 237 kilometer dari pesisir Miri, Sarawak.

  • oleh
  • Advertisement