Anda di sini

Lelaki maut terkena tembakan ketika berburu di Bau

Advertisement
Tawang (kanan) bersama anggota bomba meletak mayat mangsa di atas pengusung untuk dibawa keluar dari hutan sebelum diserahkan kepada polis. - Gambar ihsan Bomba Bau

KUCHING: Seorang lelaki tempatan maut dipercayai terkena tembakan ketika berburu di hutan berhampiran Kampung Stenggang, Jalan Bau-Lundu malam Sabtu. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau Tawang Lingem dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan sekitar jam 11.47 malam bagi khidmat khas membawa keluar mangsa, 55, yang terkena tembakan di dalam hutan. 

"Tiba di kampung tersebut, anggota terpaksa berjalan kaki memasuki hutan berkenaan untuk menuju ke lokasi kejadian yang memakan masa kira-kira 20 minit," katanya.

Jelasnya, terdapat kesan luka akibat terkena peluru senapang patah pada dada mangsa. 

Tambahnya, pasukan bomba dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Bau seramai lima orang bersama lima penduduk kampung terus membawa mangsa tersebut keluar dari hutan dengan menggunakan pengusung.

Menurut Tawang lagi, setelah sampai di kampung, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. 

"Operasi tamat sekitar jam 2.48 pagi," ujarnya. 

Usaha mendapatkan maklumat lanjut dari polis sedang dijalankan.

  • oleh
  • Advertisement