Anda di sini

Jambatan kedua Mukah, jalan Tellian ByPass akan dibangun dalam RMK-12

Advertisement
Abang Johari (duduk) kerika menyempurnakan upacara Pecah Tanah Anjung Selera Balingian.
Abang Johari (duduk) menyempurnakan upacara pecah tanah Anjung Selera Balingian, hari ini.

MUKAH: Pembinaan jambatan kedua dan juga jalan Tellian Bypass dirancang untuk dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Ketua Menteri Datu Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata ia bagi menghubungkan semua kawasan pinggir bandar. 

"Jambatan kedua dan juga jalan Tellian Bypass itu bakal menghubungkan semua kawasan kampung dan rumah panjang di Mukah, semuanya bernilai RM60 juta," katanya dalam ucapan Majlis Pecah Tanah Anjung Selera Balingian di Dewan Masyarakat Balingian hari ini.

Secara keseluruhan, bahagian Mukah sedang pesat membangun dari segenap aspek, katanya.

Bukan sahaja itu, malah pembangunan juga katanya dilihat berlaku dengan sangat cepat dan pantas.

Buktinya adalah dalam jangka masa tiga tahun, telah banyak pembangunan dan perubahan yang dapat disaksikan.

Kawasan Mukah juga katanya salah satu destinasi terletak di pertengahan jalan pesisir yang sangat strategik.

Turut hadir Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai; Menteri Muda Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi, ADUN Tellian Yussibnosh Balo, ADUN Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya dan ADUN Daro Safiee Ahmad.

  • oleh
  • Advertisement