Anda di sini

COVID-19: Daerah Subis kini berstatus merah

Advertisement
 

KUCHING: Daerah Subis kini berstatus merah daripada status jingga, demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, daerah Subis bertukar status setelah merekodkan 42 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. 

"Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah telah meningkat kepada 15 daerah," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19, hari ini.

Berdasarkan statistik dikeluarkan JPBNS, 14 lagi daerah di Sarawak berstatus zon merah COVID-19 ketika ini ialah Matu, Mukah, Sri Aman, Sarikei, Beluru, Samarahan, Serian, Julau, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.

Manakala empat lagi daerah berstatus jingga iaitu Saratok, Sebauh, Marudi dan Kanowit.

Sementara itu 16 daerah kekal berstatus kuning (Dalat, Daro, Asajaya, Lawas, Bukit Mabong, Belaga, Betong, Lubok Antu, Tatau, Tanjung Manis, Song, Pakan, Tebedu, Bau, Selangau dan Limbang) dan lima daerah (Telang Usan, Lundu, Pusa, Simunjan dan Kabong) kekal berstatus hijau.

Advertisement