Anda di sini

‘Wilayah’ Sarawak cuma wayang politik

Advertisement
 Alan Ling menunjukkan laporan berita tentang penolakkan GPS terhadap pindaan Rang Undang-Undang Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan dikemukakan PH pada 2019.
IMBAU KEMBALI: Alan Ling menunjukkan laporan berita tentang penolakkan GPS terhadap pindaan Rang Undang-Undang Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan dikemukakan PH pada 2019.

MIRI: Pakatan Harapan (PH) Sarawak menganggap rujukan ‘Wilayah’ untuk Sarawak oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sandiwara dan wayang politik semata-mata.

Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling berkata, ia juga hanya permainan perkataan dan heboh daripada parti pemerintah untuk mengelirukan rakyat.

“Ini satu sandiwara, satu lagi wayang nak menghina orang Sarawak sekali lagi dan menutup kegagalan GPS (Gabungan Parti Sarawak),” tegasnya semalam.

Ling yang juga Setiausaha PH dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak berkata, GPS dilihat seperti tidak ikhlas dalam mengembalikan kedudukan Sarawak sekiranya bersetuju sepenuhnya terhadap cadangan PM untuk merujuk Sarawak sebagai ‘Wilayah.’

Buat masa sekarang kata-nya, GPS dilihat masih se-nyap dan belum melakukan tindakan drastik berhubung perkara itu.

Ling berkata, ketidakikhlasan GPS dibuktikan setelah menolak pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan di Parlimen yang merupakan perkara paling mustahak untuk memulihkan kedudukan negeri ini.

“Ironinya, hari ini dua tahun lepas, rang undang-undang itu ditolak pada 9 April 2019. Rang undang-undang ini gagal untuk mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen pada hari sama.

“Perkara ini adalah untuk memulihkan kedudukan kita agar tidak menjadi salah satu daripada 13 negeri. Supaya Sabah, Sarawak dan sembilan negeri di Semenanjung,” katanya.

Ketika memerintah, PH mahu memulihkan kembali kedudukan Sarawak dan hak secara progresif tetapi telah ditolak oleh GPS, kata Ling lagi.

Justeru katanya, PH sekali lagi mendesak PM agar se-gera memanggil persidangan Parlimen untuk mendapat majoriti sokongan ke atas pindaan rang undang-undang itu.

Anggota PH katanya, akan memberi sokongan penuh sekiranya rang undang-undang itu dibentang semula di Parlimen.

Ling mendakwa, PM masih kurang yakin akan majoriti sokongan terhadap beliau di Parlimen dan kerisauan diminta berundur menjadi faktor beliau gentar memanggil persidangan selaku ketua majlis per-sidangan.

“Kami Pakatan Harapan mendesak sidang Parlimen diadakan dengan segera seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong dan tiada alasan kenapa Parlimen tidak dilangsungkan,” jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement