Anda di sini

Sinner atlet tenis lelaki Itali pertama mara ke final ATP

Advertisement
 Sinner harapan terbaharu Itali untuk menempa nama dalam sejarah sukan tenis. — Gambar AFP
HARAPAN: Sinner harapan terbaharu Itali untuk menempa nama dalam sejarah sukan tenis. — Gambar AFP

MILAN: Kelayakan Jannik Sinner ke peringkat akhir Miami Masters telah menyemarakkan harapan untuk era terbaharu pasukan tenis lelaki Itali, buat julung kali minggu ini, dengan 10 pemain menyertai 100 Teratas ATP.

Tiada pemain Itali pernah memasuki peringkat akhir kejohanan ATP Master 1000 di Amerika Utara sebelum Sinner, dengan pemain terbaik mereka sebelum ini Fabio Fognini, membuat penampilan separuh akhir di Miami pada 2017.

Pemain 19 tahun Sinner merupakan pemain peringkat akhir kedua termuda dalam Miami selepas Rafael Nadal pada 2005, dalam minggu ini naik ke ranking ke-23 dunia, merupakan remaja keenam sejak 2010 yang berjaya ke 30 Teratas.

Sinner ialah pemain ranking ketiga tertinggi kelahiran Itali selepas ranking ke-10 dunia Matteo Berrettini dan ranking ke-18 Fognini.

Mereka disusuli Lorenzo Sonego (34), Stefano Travaglia (69), Salvatore Caruso (87), Lorenzo Musetti (90), Gianluca Mager (91), Marco Cecchinato (93) dan Andreas Seppi (96).

Lepas penampilan hebat pada 2019, memenangi ATP Challenger di Bergamo dan NextGen ATP di Milan, Sinner telah meraih dua lagi kemenangan dan layak ke suku akhir Roland Garros semasa penampilan beliau pada 2020.

Pemain Itali dengan ranking tertinggi ialah pemenang tunggal Grand Slam mereka Adriano Panatta, yang menduduki nombor empat dunia pada Ogos 1976 selepas kegemilangannya dalam Terbuka Perancis.

Hanya Perancis dan Sepanyol mempunyai peserta lebih banyak dalam 100 teratas dengan 11 pemain setiap negara.

Lapan daripada pemain Perancis berusia lebih daripada 30 tahun manakala enam daripada Sepanyol berbanding hanya dua daripada Itali Fognini, 33, dan Seppi,37.

Musetti, baru memasuki 19 tahun, merupakan pemain termuda dalam 100 teratas ATP. — AFP

Advertisement