Anda di sini

Pertukaran perlu ada penjelasan: Salleh

Advertisement
SALLEH
SALLEH

- Pertukaran terma 'Negeri' kepada 'Wilayah' perlu dibuat secara rasmi

KOTA KINABALU: Pertukaran terma panggilan Sabah dan Sarawak ditukar kepada 'Wilayah' perlu dilaksanakan secara rasmi dan seharusnya ada penjelasan secara teliti berhubung perkara ini.

Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said berkata jikalau ada pihak yang bertekad untuk melaksanakan perubahan itu maka apa yang perlu dipastikan adalah mengubah Perlembagaan Persekutuan diubah.  

“Setakat ini belum ada sebarang pengumuman mengenai perkara besar dan penting ini termasuklah daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau pihak berkuasa yang sewajarnya.

“Saya secara peribadi menyokong pertukaran ini bagaimanapun perubahan status ini perlulah disertai dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menjelaskan status sebenar istilah ‘Wilayah’ itu sendiri.

“Penjelasan itu perlu menitikberatkan kekuatan autonomi yang seharusnya kita miliki.  Setahu saya, apa sahaja yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan yang seharusnya menjadi milik kita mesti dikembalikan, “ katanya.

Semasa diminta mengulas berkenaan kenyataan Perdana Menteri dalam lawatannya  yang menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak bukan negeri tetapi lebih tinggi iaitu wilayah, Salleh berkata dengan mengubah status Sabah dan Sarawak menjadi wilayah bermakna kita adalah setaraf ketika pembentukan Malaysia.

"Ini sejajar dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perlembagaan mesti dipinda untuk menukar Sabah dan Sarawak sebagai wilayah, perkara ini perlu direkodkan secara dalam perlembagaan, itulah prinsipnya.

“Perkara itu tidak seharusnya dipolitikkan, dalam konteks ini kita tidak perlu mengira kita di pihak pembangkang atau kerajaan, apabila menyentuh mengenai MA63 dan hak-hak Sabah sepatutnya tidak melibatkan isu politik.

“Semua pihak perlu bekerjasama melakukan beberapa pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan semasa persidangan Perlimen kelak bagi memastikan kita bersatu hati dalam pembentukan ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement