Anda di sini

MYDIN RTE Bazar Ramadan kembali lagi

Advertisement
 MYDIN RTE Bazar Ramadan cawangan Subang Jaya.
PATUH SOP: MYDIN RTE Bazar Ramadan cawangan Subang Jaya.

SUBANG JAYA: Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menganjurkan MYDIN RTE Bazar Ramadan bagi memudahkan para pelanggannya membeli juadah berbuka puasa pada tahun ini.

 Pengurus Cawangan Mydin Subang Jaya, Azlina Mat Kassim berkata, MYDIN RTE Bazar Ramadan kali ini dianjurkan mengikut pro-sedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Kese-lamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

 MYDIN RTE Bazar Ramadan menjual pelbagai jenis juadah dengan harga yang berpatutan.
BERPATUTAN: MYDIN RTE Bazar Ramadan menjual pelbagai jenis juadah dengan harga yang berpatutan.

“Sebanyak 200 juadah berbuka puasa akan dijual setiap hari dan setiap cawa-ngan akan menawarkan sajian istimewanya tersendiri.”

“Contohnya, di Mydin cawangan Sarawak akan menyediakan juadah seperti Mi Kolok dan Laksa Sarawak. Selain itu pelbagi jenis kuih-muih juga akan turut dijual,” katanya.

Azlina berkata demikian dalam satu tinjauan wartawan Utusan Borneo ke Mydin Subang Jaya, baru-baru ini. 

Menurut Azlina lagi, kesemua juadah yang dijual di MYDIN RTE Bazar Rama-dan disediakan oleh pekerja Mydin sendiri.

“Di sini kami mempunyai 8 cef yang akan memasak dan menyediakan pelbagai sajian masakan yang beraneka rasa.”

“Kami juga ingin memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami. Kesemua barangan mentah yang digunakan adalah barangan segar dan setiap juadah akan di sediakan dengan rapi.”

 MYDIN RTE Bazar Ramadan di setiap cawangan akan mempunyai menu istimewanya yang tersendiri.
ENAK: MYDIN RTE Bazar Ramadan di setiap cawangan akan mempunyai menu istimewanya yang tersendiri.

“MYDIN RTE Bazar Ramadan ini juga akan memudahkan para pelanggan Mydin. Mereka tidak perlu pergi ke tempat lain untuk membeli juadah, semuanya ada di sini,” katanya.

Advertisement