Anda di sini

Masyarakat jangan percaya khabar angin mengenai vaksin

Advertisement
 James yang telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
VAKSIN: James yang telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

SANDAKAN: Pengerusi Persatuan Media Sandakan Sabah yang juga Ketua masyarakat Cina Kawasan Elopura Kapitan James Leong menasihati masyarakat agar tidak percaya khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab mengenai vaksin.

Beliau nasihat masyarakat yang belum daftar untuk mendapatkan vaksin supaya melakukan demikian secepat mungkin. 

James yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama pada hari Khamis berkata dia berada dalam keadaan seperti biasa selepas vaksin.

“Tiada simptom. Cuma minum banyak air sebelum dan setelah terima vaksin. Vaksin itu selamat,” katanya.

Beliau berkata masyarakat Sandakan perlu main peranan untuk sama sama bantu kerajaan memutuskan  penularan jangkitan Covid-19 dan patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ayuh mari lindung diri , lindung semua dengan mendaftar menerima vaksinasi di bawah program imunisasi Covid-19 kebangsaan,” katanya.

James turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang turut menyenaraikan pengamal media yang terdiri dari ahli Persatuan Media Sandakan Sabah (PEMASSA) menerima vaksin bermula pada 8 April 2021 di bawah Fasa 1 (Batch ke 3).

  • oleh
  • Advertisement