Anda di sini

Ibrahimovic tampil berlakon dalam filem aksi Asterix

Advertisement
IBRAHIMOVIC
IBRAHIMOVIC

PARIS: Zlatan Ibrahimovic akan tampil dalam skrin besar pertama beliau dalam filem Asterix akan datang, umum penyerang AC Milan dan Sweden itu pada Khamis.

Pemain 39 tahun itu memuat naik perkataan ‘Antivirus’, nama wataknya, pada akaun Instagramnya dengan tema dan warna berkaitan dengan hero Goscinny/Uderzo.

Ibrahimovic, telah dipanggil semula dalam pasukan kebangsaan Sweden dan besar kemungkinan akan menyertai Euro 2020 yang tertunda, akan memainkan watak seorang Roman yang dipanggil Caius Antivirus dalam "Asterix and Obelix: the Middle Empire", filem kelima dalam siri aksi langsung itu.

Filem itu, diarah oleh Guillaume Canet yang juga memegang watak Asterix the Gaul, juga akan menampilkan pemenang Osca Marion Cotillard sebagai Cleopatra dan Gilles Lellouche sebagai Obelix.

Pengeluaran filem itu sepatutnya diadakan tahun lepas namun tertunda akibat pandemik COVID-19.

Dengan bajet sebanyak 60 juta euro, ia sudah memberi gambaran sebagai salah satu pengeluaran terbesar Perancis. — AFP

Advertisement