Anda di sini

CIDB keluar empat notis minta maklumat kepada kontraktor 

Advertisement
 Ops Bersepadu yang dijalankan di salah sebuah tapak bina di sini.
PEMERIKSAAN: Ops Bersepadu yang dijalankan di salah sebuah tapak bina di sini.

KOTA KINABALU: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Sabah mengeluarkan empat notis terhadap tiga kontraktor utama dalam satu operasi bersepadu bagi memastikan akta sedia ada dipatuhi.

Pengarah CIDB Sabah Rosmen Ag Hassan berkata pemeriksaan itu turut membabitkan pendaftaran kontraktor serta pengisytiharan projek dan mendapati kontraktor patuh mengikuti peraturan di bawah Akta 520.

“Hasil pemeriksaan yang merangkumi 98 pekerja termasuk 87 pekerja asing itu mendapati sebahagian kontraktor tidak mematuhi peraturan ditetapkan dan kita memberikan empat notis N1/2015 iaitu notis meminta maklumatkepada tiga kontraktor utama dan klien.

“Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) turut mengeluarkan satu Notis Pemberitahuan Kesalahan berserta dua kompaun kepada kontraktor disebabkan kegagalan mengikuti peraturan penginapan pekerja.

“Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan tiga notis masing-masing dua Notis Larangan Seksyen 15(1) dan satu Notis Pembaikan Seksyen 15(1)) manakala Jabatan Tenaga Kerja (JTK) pula memberikan notis kegagalan majikan mematuhi peruntukan Akta 446 berhubung penginapan pekerja di tapak bina,” katanya.

Tambahnya dua notis turut dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)  iaitu Notis Arahan Pematuhan kepada majikan untuk membuat swab test kepada pekerja dalam tempoh 14 hari dan dua notis daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) selepas mengesan  pembiakan nyamuk aedes dan saringan COVID-19 pekerja.

Beliau berkata operasi dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran pemain industri tentang pematuhan peraturan yang terkait dalam industri pembinaan khususnya terhadap budaya norma baharu untuk menangani penularan wabak COVID-19 di tapak bina berpandukan kepada SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara.

Tambahnya pemeriksaan di 319 tapak projek itu juga adalah bagi meningkatkan dan mengukuhkan jalinan kerjasama antara agensi-agensi lain terlibat dalam penguatkuasa tapak bina serta mempelajari penguatkuasaan akta dan peraturan jabatan atau agensi lain.

  • oleh
  • Advertisement