Anda di sini

1, 018 kes aktif seluruh Sabah,  474 kes aktif direkod di Tawau

Advertisement
DR CHRISTINA
DR CHRISTINA

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 1, 018 kes aktif COVID-19 sehingga semalam dengan lima daerah yang dikesan mencatat lebih 40 kes positif disenaraikan Zon Merah.

Berdasarkan hebahan awam Jabatan Kesihatan Negeri Sabah juga terdapat 139 kes aktif dicatat semalam sekaligus menjadikan kumulatif kes positif kini mencecah 55, 539 kes.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata Tawau muncul sebagai penyumbang tertinggi bilangan kes aktif dengan 474 kes positif semasa.

“Daerah lain yang turut diklasifikasikan dalam Zon Merah adalah Lahad Datu (103 kes), Kota Kinabalu (85 kes), Keningau (76 kes) dan Sandakan (55 kes),” katanya.

Dr Christina berkata lima daerah dikenalpasti sebagai Zon Jingga, Kunak dengan 39 kes, Tuaran (35 kes), Kinabatangan (29 kes), Nabawan (24 kes) dan Kalabakan (21 kes).

Menurutnya 12 daerah lagi dikesan mempunyai satu hingga 20 kes yang terdiri daripada Penampang (17 kes), Papar (15 kes), Kota Belud (10 kes) dan Putatan (sembilan kes).

“Tenom enam kes, Kota Marudu dan Semporna masing-masing lima kes, Beaufort empat kes, Tambunan dan Kudat dua kes, serta Sipitang dan Pitas pula satu kes,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mendedahkan bahawa setakat ini terdapat lima daerah zon hijau atau sifar kes aktif positif, iaitu Kuala Penyu, Ranau, Tongod, Beluran dan Telupid.

  • oleh
  • Advertisement