Anda di sini

Sabah FC senarai 4 pemain Piala Presiden hadapi Penang FC

Advertisement
GERALD
GERALD

KOTA KINABALU: Sabah FC senaraikan empat pemain Piala Presiden bagi menghadapi Penang FC dalam saingan Liga Super  di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Ahad ini (11 April).

Pemain dari skuad bawah 22 tahun itu ialah Gerald Gadit, 22, Mohd Hizaz Lokman, 21, Mohd Hanafi Tokyo Abdul Hashim, 22,  dan Mohd Nureikhan Isa Japar, 22.

Mereka antara 20 pemain Sabah FC yang berlepas ke Pulau Pinang pagi ini (Jumaat).

Jurulatih skuad bawah 22 tahun Sabah, Johnny Dominicus berkata, keempat-empat pemain muda itu diminta ketua jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto untuk menyertai pasukan menghadapi perlawanan Liga Super kelapannya.

Johnny berkata, ia peluang baik buat pemain-pemain muda tersebut mendapat pendedahan menyertai skuad senior menghadapi saingan Liga Super.

Panggilan ke atas keempat-empat pemain itu bagaimanapun bukan tindakan terdesak kerana mereka sebelum ini juga pernah dipanggil menyertai latihan besama skuad senior.

Beberapa hari lalu, mereka dipanggil lagi menyertai latihan skuad senior dan kali ini mereka mendapat tempat untuk disenaraikan besama 16 pemain senior ke Pulau Pinang.

Empat pemain junior itu disenaraikan besama Evan Wensley Wenceslaus, Dendy Lowa, Hamran Peter, Park Tae Su, Bobby Gonzales, Alto Linus, Randy Baruh, Saddil Ramdani, Risto Mtrevski, Levy Madinda, Sam Johnson Garyazhon, Mohd Syukri Baharun, Amri Yahyah, Nicco Nigel Milus, Robson Rendy Rining dan Rozaimie Rohim.

HIZAZ
HIZAZ

Ketua pasukan, Rawilson Batuil tiada dalam senarai pemain untuk menghadapi perlawanan dengan Penang FC itu. Sabah FC juga ketiadaan beberapa pemain utama kerana kecederaan.

Sambil itu, tular di media sosial bahawa pemain-pemain Sabah FC memboikot sesi latihan yang sepatutnya diadakan di Stadium Likas kerana ada kaitan dengan isu tunggakan gaji mereka, malam semalam (Khamis).

Pengurus pasukan Sabah FC, Marzuki Nasir dalam ciapan di Facebook beliau bagaimanapun sekadar berkata, tiada individu yang lebih besar dari Sabah FC.

Marzuki berkata Sabah FC akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu hari ini (Jumaat).

  • oleh
  • Advertisement