Anda di sini

PSKS laksana Program Kesedaran Kanser di Matunggong

Advertisement
 Julita (enam kiri) bersama para peserta dalam program berkenaan merakamkan gambar kenangan
KENANGAN: Julita (enam kiri) bersama para peserta dalam program berkenaan merakamkan gambar kenangan

KUDAT: Masyarakat dinasihatkan sentiasa peka terhadap tahap kesihatan masing-masing seterusnya mengambil serius bahayanya penyakit kronik seperti kanser.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Julita Majungki berkata, masyarakat juga dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah daripada penyakit kronik berkenaan.

"Pada hari ini Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) telah menganjurkan program Kesedaran Kanser di Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong. 

"Saya menyambut baik usaha murni kerana program seumpama ini kerana ia sekaligus akan dapat meningkatkan kesedaran dan memandang serius akan kewujudan penyakit kanser dalam kalangan rakyat. 

“Saya berterima kasih dan kagum dengan usaha PSKS yang telah melaksanakan  program ini yang mana banyak memberi manfaat kepada rakyat khususnya di DUN Matunggong”, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Julita yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan menyeru kepada semua golongan masyarakat agar mengamalkan gaya hidup sihat serta sentiasa melakukan pengesanan awal sebagai satu langkah mencegah penyakit kanser yang merupakan  pembunuh utama di Malaysia.

“Setiap hari, ada saja yang meninggal akibat penyakit kanser dan begitu juga dengan pertambahan  kes-kes kanser yang direkodkan di hospital semakin meningkat. 

“Justeru, kerajaan sentiasa prihatin kepada pencegahan dan pengesanan awal penyakit kronik seperti kanser payudara dan servik dalam kalangan segenap lapisan masyarakat di wilayah Sabah. 

"Setiap tahun kerajaan memperuntukan sejumlah subsidi mamogram (ujian mengesan kesan payudara bagi wanita berumur 40 tahun serta saringan  kanser servik," katanya.

Dalam pada itu katanya, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah telah menyediakan 20 kuota untuk subsidi Mamogram. 

  Julita (dua kiri) menerima cendera kenangan ketika dalam program berkenaan
TERIMA KASIH: Julita (dua kiri) menerima cendera kenangan ketika dalam program berkenaan

Beliau turut menjelaskan Ketua Kampung serta Pengerusi JPKK memainkan peranan serta bertanggungjawab untuk menyalurkan maklumat dan pengetahuan kepda penduduk kampung masing -masing.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada PSKS dan semua yang terlibat menjayakan program ini. 

"Diharapkan agar lebih banyak lagi program seumpama ini akan diadakan dan seterusnya memberikan manfaat kepada rakyat Matunggong," katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Presiden PSKS, LPPK Sabah Lawrence Libur Imui, wakil Klinik Kesihatan Narandang Dr. Nurfahain Azzuanie Awang Tangah, Pegawai Pembangunan Masyarakat Marius Masain, wakil Klinik Nur Sejahtera Felomina Leonardo dan wakil ADO Pejabat Daerah Kecil Matunggong Tasyrif Jalamin.
 

  • oleh
  • Advertisement