Anda di sini

Kidball akademi pertama terima akreditasi SupaRimau FAM di Sabah

Advertisement
 Musa (tiga dari kiri) bersama barisan kejurulatihannya menerima Sijil Akreditasi Gangsa SupaRimau daripada Joseph (dua dari kanan).
PERTAMA DI SABAH: Musa (tiga dari kiri) bersama barisan kejurulatihannya menerima Sijil Akreditasi Gangsa SupaRimau daripada Joseph (dua dari kanan).

KOTA KINABALU: Kelab Bola Sepak Kidball menjadi akedemi bola sepak pertama di Sabah  mendapat akreditasi  Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di bawah program piagam akar umbi yang dinamakan SupaRimau FAM.

Ketua jurulatihnya, Musa Abdul Rahman yang juga merupakan setiausaha kelab berkenaan berkata akedemi tersebut menerima surat pengesahan akreditasi September tahun lalu dan merupakan pencapaian tertinggi Kidball sejak ditubuhkan pada tahun 2011.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak terutama para ibu bapa dan pentadbir Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya yang tanpa henti memberikan sokongan kepada kelab itu.

“Pengiktirafan tersebut sejajar dengan peta Hala Tuju F:30 FAM sebagai insentif dan komitmen untuk meningkat taraf akademi bola sepak negara,” katanya ketika ditemui di Padang Saga, Likas dekat sini, baru-baru ini.

“Pengiktirafan Kidball FC ini adalah berdasarkan keaktifan pada penyertaan pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa dan menyertai pertandingan di luar daerah serta pembentukan pasukan Kiball X bawah 16 tahun.

“Antara penyertaan yang membanggakan adalah Juara Liga Kota Kinabalu (KK) (2012), Tempat ketiga Liga KK (2013) Juara MSS Zon Tanjung Aru (2013,2018,2019), Naib Juara MSS Zon Tanjung Aru (2014) Tempat ke tiga MSS zon Tanjung Aru (2015 & 2017) Juara Karnival Bola sepak SK Api-Api (2017) serta Naib Juara Karnival Scott di Sandakan bagi pasukan Kidbal X bawah 16 tahun (2017),” jelasnya.

Tambah Musa, dengan adanya sijil akreditasi itu sasaran Kidball FC untuk menubuhkan akedemi bola sepak pada tahun 2022 berjaya dicapai lebih awal iaitu pada tahun 2020.

Beliau berharap agar akademi bola sepak Kidball akan terus berkembang maju dan menjadi antara akedemi terbaik di negeri ini selain komitmen FAM untuk membantu meningkatkan pencapaian semua akademi di bawah program SupaRimau.

Majlis penyerahan akreditasi Sijil Gangsa FAM telah disempurnakan oleh Pengarah Teknikal Bola sepak Wanita FAM, Jacob MJ Joseph merangkap Ketua Jurulatih bola sepak wanita kebangsaan.

Turut berlangsung pada majlis tersebut adalah pelancaran dan pegenalan logo baru Akedemi Bola Sepak Kidball serta pemilihan dan klinik bola sepak wanita Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Hadir sama, Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang juga merupakan Ketua Jurulatih Remaja Program Pembangunan Bola Sepak Malaysia (NFPD), Omar Maya Amat.

  • oleh
  • Advertisement