Anda di sini

Amalkan pemikiran 'First Principles Thinking'

Advertisement
 Salleh (tengah) menyampaikan sumbangan khas di majlis itu
SUMBANGAN: Salleh (tengah) menyampaikan sumbangan khas di majlis itu

KOTA BELUD: Pemimpin-pemimpin sekolah wajar mengamalkan pemikiran  'First Principles Thinking'.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Dr.Salleh Said Keruak berkata, 'First Principles Thinking' adalah kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang sukar selain untuk mencetus kreativiti.

"Kita memainkan peranan dalam mencorak generasi akan datang dan saya berharap Kota Belud akan dapat melahirkan generasi muda yang mampu bersaing di mana jua, dan pada bila masa jua", katanya pada Majlis Bicara Pemimpin dan Perhimpunan Bulanan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan, Kota Belud, hari ini.

 Salleh (kiri) menerima cenderamata daripada penganjur di majlis itu
TERIMA KASIH: Salleh (kiri) menerima cenderamata daripada penganjur di majlis itu

Salleh turut menyampaikan sumbangan khas beliau kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud serta melancarkan buku Kumpulan Puisi 'Lelaki yang datang dari jauh' karya Norawi Haji Kata di majlis itu.
 

  • oleh
  • Advertisement