Anda di sini

UMNO Sabah teruskan tradisi agih kurma sambut kedatangan Ramadan

Advertisement
 Bung (dua kiri) menyampaikan sumbangan buah kurma kepada salah seorang ketua bahagian UMNO sempena majlis itu.
SUMBANGAN: Bung (dua kiri) menyampaikan sumbangan buah kurma kepada salah seorang ketua bahagian UMNO sempena majlis itu.

KOTA KINABALU: UMNO Sabah tetap meneruskan tradisi menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan mengagihkan sumbangan buah kurma kepada 25 bahagian UMNO di seluruh Sabah.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sumbangan buah kurma bagi setiap bahagian itu akan diagihkan kepada semua cawangan UMNO di negeri ini.

Katanya, suasana sambutan bulan Ramadan kali ini amat berbeza berikutan keputusan kerajaan masih menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan virus COVID-19.

"Berkemungkinan kita tidak dapat mengadakan majlis berbuka puasa sama ada di peringkat negeri mahupun bahagian disebabkan pematuhan kepada PKP yang masih dikuatkuasakan.

"Kita perlu akur demi keselamatan untuk membendung penularan pandemik COVID-19," katanya kepada media selepas majlis penyampaian sumbangan buah kurma itu di sini hari ini.

Dalam pada itu Bung juga meminta semua pihak agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuklah semasa mengadakan majlis-majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri kecuali bersama keluarga.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan; Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah Awang Aslee Lakat dan Ketua Puteri UMNO Sabah Dr. Fadilah Sabri.

  • oleh
  • Advertisement