Anda di sini

Tapak kekal dipertimbang bagi Pasar Tani Daro

Advertisement
 Safiee (dua kiri) melawat salah sebuah gerai di Pasar Tani Daro, baru-baru ini.
HASIL SEGAR: Safiee (dua kiri) melawat salah sebuah gerai di Pasar Tani Daro, baru-baru ini.

MUKAH: Satu tapak kekal khas bagi Pasar Tani Daro bakal diusahakan bagi kemudahan golongan petani di kawasan itu memasarkan hasil pertanian masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, ia bagi memberikan kemudahan lengkap serta suasana lebih kondusif kepada golongan itu berniaga.

“Kita akan berbincang dan berunding dengan pihak Lembaga Pemasaran Pertani-an Persekutuan (FAMA) tentang hal ini,” katanya ketika lawatannya ke Pasar Tani Daro baru-baru ini.

Menurutnya, perkara itu amat perlu kerana sambutan para peserta terhadap pasar tani dilihat amat memberangsangkan.

Jika Daro mempunyai sebuah pasar tani kekal, ia akan mempunyai lebih banyak kemudahan yang bukan sahaja menguntungkan para petani malah pengunjung.

Ia juga boleh menjadi salah satu lokasi tarikan baharu bagi pelawat apabila me-ngunjungi pekan Daro.

Majlis Daerah Matu Daro (MDMD) juga katanya, telah bersedia menyediakan satu tapak yang lebih luas dan bebas memandangkan sambutan yang amat memberangsangkan daripada petani.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa Medan Selera Daro telah siap sepenuhnya dan akan beroperasi tidak lama lagi.

Antara kemudahan lain yang turut membantu sektor ekonomi di Daro adalah Anjung Usahawan dan Bandar Baharu Daro Ke-2 yang bakal dibina.

Pada majlis itu, Safiee menyumbang 40 kanopi dan 10 meja mudah alih kepada peserta Pasar Tani Daro.

Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi pula menyumbang RM4,000 kepada Jawatankuasa Pasar Tani Daro.

Majlis turut menyaksikan penyerahan Kenyalang Gold Card kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan Daro.

  • oleh
  • Advertisement