Anda di sini

Tak pakai 'mask', Awang Tengah sudah dihubungi polis

Advertisement
 

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (gambar) mengakui kesilapannya terlupa memakai pelitup separuh muka semasa minum sambil berjalan ketika lawatan kerja di Matu baru-baru ini.

Beliau mengesahkan sudah dihubungi polis susulan video tular menunjukkannya berjalan di gerai makanan dan minuman, dan bersedia membayar kompaun jika dikehendaki berbuat demikian.

Dalam video tersebut, beliau turut kelihatan minum air dibelinya di gerai-gerai sambil berjalan bersama rombongannya.

“Selalunya, gerai-gerai tersebut cuma beroperasi pada hujung minggu. Saya pergi ke gerai dan beli barang dan buka pelitup muka untuk makan dan minum. 

“Tetapi silap saya, dalam keadaan tergesa-gesa untuk berlepas meninggalkan Matu, saya tidak sedar pelitup muka dibuka,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Khas Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) 2021 di Dewan Seminar Wisma Sumber Alam di sini, hari ini. 

Video tersebut juga menunjukkan Awang Tengah menghulurkan wang kepada para peniaga gerai sambil berjalan.

Jelasnya, wang yang diberikan kepada para peniaga adalah sebagai bayaran untuk barang-barang dibelinya.

Tetapi disebabkan beliau dalam keadaan tergesa pada ketika itu, beliau meminta pegawai khasnya untuk membungkus semua barang yang dibeli daripada peniaga gerai berkenaan. 

“Sebab mahu cepat jadi saya bagi duit untuk beli barang kepada tuan punya gerai dan suruh mereka bungkus apa yang patut,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement