Anda di sini

Shell FuelSave 95 ‘Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza’ beri manfaat ekstra setiap perjalanan

Advertisement
 

KUCHING: Shell Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen ‘Shell FuelSave 95 Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza’.

Shell dalam satu kenya-taannya berkata, kempen bagi menyerlahkan keupayaan mantap Shell Fuel-Save 95 yang memberikan ekstra kilometer agar rakyat Malaysia sentiasa mendapat ekstra dalam perjalanan harian mereka.  

“Selama hampir 130 tahun, Shell menerajui pembangunan bahan api berkualiti tinggi dan melabur dalam modal insan serta teknologi sains untuk memacu inovasi bahan api di Malaysia.

“Dengan aspirasinya untuk memberikan penjimatan serta-merta daripada isian pertama, Shell FuelSave 95 nyata menjadi asas kepada inovasi Shell.

“Direka dengan tek-nologi DYNAFLEX, Shell FuelSave 95 memberikan ekstra kilometer,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Shairan Huzani Husain.

Kata beliau, Shell Fuel-Save 95 mengurangkan geseran sehingga 90 peratus pada bahagian kritikal enjin untuk memaksimumkan penjimatan pe-trol.

Selain itu, Shell Fuel-Save 95 menghalang pembentukan mendapan sehingga 95 peratus untuk enjin yang lebih bersih dan melindungi enjin daripada kehausan, kakisan dan pembentukan mendapan dengan ‘Triple Action’ Formula.

Manfaat utama ini adalah selaras dengan hasil kaji selidik pengguna yang rata-rata memilih jarak perjalanan lebih jauh dan penjimatan kos sebagai pertimbangan utama dalam memilih bahan api gred utama yang berkualiti, tegasnya.

Berdasarkan kajian ini, Shell Malaysia mengorak langkah untuk melancarkan kempen ini bagi memenuhi keinginan rakyat Malaysia: bahan api berkualiti dengan ekstra kilometer tanpa kos tambahan.

“Kami mengutamakan para pelanggan dalam se-gala urusan, justeru semua bahan api kami dicipta khas dengan menitik-                   beratkan keperluan pelanggan kami.

“Dengan pandemik COVID-19 yang mempengaruhi situasi kewangan kebanyakan isi rumah, kami faham bahawa sedikit ekstra akan memberikan perbezaan dalam kehidupan harian.

“Aspirasi Shell FuelSave 95 adalah untuk memberikan penjimatan serta-merta daripada isian pertama,” tambahnya.

Bagi memulakan pelancaran ‘Shell FuelSave 95 Ekstra Kilometer, Ter-nyata Berbeza’, Shell mempersembahkan sebuah video ‘teaser’ yang memaparkan bahawa bukan semua pe-trol dicipta sama, sambil menyerlahkan janji Ekstra Shell.

Shell Malaysia juga be-kerjasama dengan Bonus-Link untuk menawarkan sehingga 4X Mata Ganjaran BonusLink dengan setiap pembelian minimum RM50 di stesen Shell.  

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.shell.com.my.

Advertisement