Anda di sini

Selesaikan isu kewarganegaraan di Long Singut 

Advertisement
Masing (tiga kanan) semasa mengadakan lawatan ke Long Singut baru-baru ini.

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Masing menggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menghantar pasukan unit bergerak mereka ke Long Singut di Kapit bagi menangani isu tiada kewarganegaraan.

Beliau berkata ia kerana kebanyakan penduduk generasi kedua dan ketiga Long Singut masih belum mempunyai kewarganegaraan.

"Saya membantu penduduk di Long Singut yang tidak mempunyai kad pengenalan dan mereka tiada kewarganegaraan. 

"Kebanyakan mereka ini penduduk generasi kedua dan ketiga Long Singut," katanya menerusi kenyataan hari ini susulan lawatan ke Long Singut di Kapit pada Isnin.

Masing berkata terdapat 729 daripada mereka kebanyakannya tiada kewarganegaraan dan mereka berhijrah dari Kalimantan sekitar tahun 1960-an.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh berkata malahan anak-anak mereka tidak dapat menyambung pelajaran selepas tamat Tingkatan 5 meskipun mempunyai keputusan yang cemerlang.

"Selain itu bagi mereka yang dewasa, mereka tidak dapat mencari pekerjaan kerana tidak mempunyai dokumen identiti mereka.

"Kerajaan Malaysia perlu menangani keadaan mereka yang tanpa kewarganegaraan ini. JPN harus menghantar pasukan unit bergerak mereka ke Long Singut secepat mungkin," katanya.

Beliau memberitahu kerajaan yang mentadbir kini boleh dituduh tidak mengambil berat terhadap rakyat jika isu tersebut dibiarkan tanpa peduli.

Melainkan katanya isu berkenaan diselesaikan secepat mungkin.

  • oleh
  • Advertisement