Anda di sini

Produk tempatan ganti produk import

Advertisement
Gambar fail menunjukkan Tho bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada satu majlis. - Gambar FB Jabatan Pertanian
Gambar fail menunjukkan Tho bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada satu majlis. - Gambar FB Jabatan Pertanian.

Tempoh sukar dilalui semasa COVID-19, wajar dijadikan peluang oleh pengeluar produk-produk tempatan meningkatkan kualiti.

Dengan kualiti tinggi, produk tempatan akan berupaya menggantikan produk import yang sentiasa dianggap orang ramai sebagai berkualiti.

Pengerusi Banana Tree Sdn Bhd, Tho Tze Bing berpendapat setiap produk perlu membina jenama yang kukuh berlandaskan kualiti.

“Untuk jangka panjang pengluar tempatan perlu keluarkan produk berkualiti tinggi. Jika dapat, tengok apa yang banyak kita import, yang kita boleh hasilkan.

"Boleh atau tidak kita cuba bekalkan barangan yang kita import, supaya pembeli tempatan mahu menggantikan barangan import dengan barangan kita,” katanya kepada Utusan Borneo di kilang pemprosesan keropok pisang jenama banaBee di Asajaya, baru-baru ini.

banaBee menurutnya mengalami penurunan pengeluaran dan pasaran kira-kira 60 peratus sejak penularan COVID-19 di seluruh dunia.

Produk yang dihasilkan menggunakan bahan mentah di ladang pisangnya sendiri di Asajaya, pada 2019 menempa nama apabila berjaya menembusi pasaran China. Ini bermakna produk dihasilkan syarikatnya, amat berkualiti sehingga berupaya mendapat pasaran di negara luar.

Kualiti banaBee yang diyakini pelanggan, membolehkan mereka membekalkan produk mereka di pasar raya sekitar Kuching dan Samarahan.

Ikuti temubual bersama Tho Tze Bing

  • oleh
  • Advertisement