Anda di sini

Perkongsian pengalaman RESPA penting untuk keselamatan Sabah

Advertisement
 Hazani merakamkan gambar kenangan bersama selepas mesyuarat selesai.
KENANGAN: Hazani merakamkan gambar kenangan bersama selepas mesyuarat selesai.

KOTA KINABALU: Perkongsian pengalaman Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Sabah penting untuk dititikberatkan dalam penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata pihaknya juga berharap agar pengalaman bertugas yang begitu banyak sebelum ini akan dapat kongsikan demi kepentingan PDRM dalam melaksanakan tanggungjawap terhadap keselamatan dan ketenteraman Sabah khasnya serta Malaysia amnya. 

“Bakat dan pengalaman yang luas dalam tugas kepolisan tidak seharus dibiarkan berlalu begitu saja dan harus dikongsikan kepada pegawai serta anggota polis bertugas untuk sebarang penambahbaikan serta rujukan.

“Kita Polis Sabah akan sentiasa komitmen untuk memberikan apa jua bantuan yang diperlukan oleh RESPA dan ahlinya demi kepentingan kebajikan mereka khasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung RESPA Sabah kelima di sini semalam.

Sementara itu Pengerusi RESPA Sabah Datuk Sulaiman Junaidi menyarankan agar semua pegawai kanan polis yang suda bersara untuk menyertai RESPA.

Katanya penyertaan itu adalah atas dasar kepentingan dan kelanjutan semangat setiakawan yang terjalin semasa berkhidmat.

“Penyertaan bekas pegawai polis di dalam RESPA juga demi menjaga kepentingan serta kebajikan diri dan keluarga kerana melalui RESPA kesemuanya akan dapat diurus dengan lebih teratur apabila keadaan memerlukan.

“Saya juga melahirkan serta merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan RESPA Sabah kepada PDRM Sabah yang rata-ratanya memberikan sokongan yang padu dan baik di peringkat Ibu Pejabat mau pun diperingkat Daerah terhadap setiap aktiviti anjuran RESPA Sabah,” katanya.

Dalam mesyuarat terbabit AJK RESPA sebulat suara memilih semula Datuk Sulaiman sebagai Pengerusi dan dibantu oleh Datuk Sidin Abd Karim sebagai Timbalan Pengerusi bagi 2021-2023.

AJK lain yang dikekalkan ialah Naib Pengerusi Anup Singh, Setiausaha Kasim Salleh dan pembantunya Badariah Abd Rahman, Bendahari Kehormat Jim Tibok, barisan AJK Starjan Singh, Nizam Lee, Clement Law, Fedilis Jani, Ahmad Kenajaan dan Abd Lamat Taman manakala Audit Dalaman dipegang Awang Besar Dullah dan Mashud Abd Hamid.

  • oleh
  • Advertisement