Anda di sini

Enam termasuk wanita ditahan terlibat aktiviti penagihan, pengedaran dadah 

Advertisement
 Dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan itu.
RAMPAS: Dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan itu.

PAPAR: Enam penagih serta pengedar dadah gagal melarikan diri dan ditahan dalam satu serbuan di sekitar daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata operasi dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Papar itu turut merampas dadah jenis syabu seberat 5.99 gram.

“Bertindak dengan maklumat awam kita menjalankan serbuan selepas membuat risikan di kawasan yang dinyatakan.

“Hasil serbuan berjaya menahan lima lelaki tempatan serta seorang wanita yang leka menjalankan aktiviti penagihan dadah,” katanya.

Menurutnya kesemua suspek berumur 19 hingga 40 tahun itu ditahan dan direman di lokap IPD Papar dengan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Empat orang suspek yang sama turut disiasat mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952 dengan jumlah rampasan dadah jenis syabu anggaran berat 5.99 gram,” katanya.

Batholomew berkata kejayaan tangkapan ini menunjukkan salah satu usaha PDRM, khususnya bagi IPD Papar dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, di samping mencegah aktiviti jenayah di daerah ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Beliau juga menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah dan aktiviti jenayah di daerah ini agar memaklumkan kepada pihak PDRM, IPD Papar khususnya.

  • oleh
  • Advertisement