Anda di sini

Data lebih 530 juta pengguna Facebook ‘dicuri’

Advertisement
 Logo Facebook yang dipamerkan di Paris pada 17 Februari, 2019. — Gambar AFP
LOGO: Logo Facebook yang dipamerkan di Paris pada 17 Februari, 2019. — Gambar AFP

WASHINGTON: Gergasi platform media sosial Amerika Syarikat (AS), Facebook menyatakan data lebih 530 juta penggunanya ‘dicuri’ dan menegaskan kejadian berlaku untuk tempoh sebelum September 2019, lapor Sputnik.

“Pada 3 April, Business Insider menerbitkan laporan menyatakan maklumat daripada lebih 530 juta pengguna Facebook, didedahkan menerusi sebuah pangkalan data terbuka.

“Kami mempunyai pasukan yang dikhaskan untuk menangani isu seperti ini dan faham terhadap kesan yang bakal dialami oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan kami.

“Penting untuk difahami bahawa pelaku yang berniat jahat ini memperoleh data bukan menerusi tindakan menggodam sistem, sebalik-nya mencurinya daripada platform kami sebelum September 2019,” kata Facebook menerusi satu kenyataan kelmarin.

Facebook berkata, mereka percaya data terbabit dicuri atau ‘dikikis’ menggunakan platform import kenalan.

“Sebaik kami mengetahui bagaimana pelaku mengguna-kan ciri ini pada 2019, kami membuat perubahan kepada platform import kenalan itu.

“Dalam kes ini, kami me-ngemas kini platform itu bagi mengelak anasir jahat menggunakan perisian ini untuk meniru aplikasi kami dan memuat naik sejumlah set nombor telefon untuk melihat nombor mana yang sepadan dengan nombor pengguna kami.

“Menerusi fungsi sebelum ini, pelaku boleh meminta mendapatkan sejumlah set profil pengguna dan mendapatkan maklumat pengguna terbabit termasuk profil umum,” menurut kenyataan berkenaan.

Bagaimanapun, Facebook menegaskan, maklumat yang terdedah tidak termasuk maklumat kewa-ngan, kesihatan atau kata laluan. — Bernama

Advertisement