Anda di sini

Buaya sepanjang sembilan kaki ditangkap di Bakam

Advertisement
Buaya yang berjaya ditangkap SFC di Sungai Raan, Bakam pagi tadi.
Buaya yang berjaya ditangkap SFC di Sungai Raan, Bakam pagi tadi.

MIRI: Seekor buaya jantan sepanjang sembilan kaki berjaya ditangkap Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Sungai Raan, Bakam di sini kira-kira jam 8 pagi, hari ini.

Jurucakap SFC berkata buaya katak itu ditangkap Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) SFC menggunakan kaedah pancing. 

"Pada Selasa lalu, pihak pejabat SFC Wilayah Miri telah menerima aduan tentang seekor buaya kelihatan di tebing sungai tersebut dan seterusnya menghantar pasukan SWAT ke lokasi untuk tindakan. 

"Pada hari ini kira-kira jam 8 pagi pasukan SWAT berjaya menangka seekor buaya di kawasan tersebut menggunakan pancing," katanya ketika dihubungi. 

Susulan tangkapan buaya itu, sampel buaya telah diambil bagi tujuan penandaan. 

Buaya itu kemudiannya dihantar ke Taman Buaya Benaya, Kuala Baram untuk tujuan penyimpanan. 
 

Advertisement