Anda di sini

Selepas DBKU, MBKS juga batal bazar Ramadan

Advertisement
Gambar fail.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengambil langkah berjaga dalam mengekang penularan COVID-19 dengan membatalkan peganjuran bazar Ramadan di bawah kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandarnya, Dato Wee Hong Seng berkata, pembatalan itu setelah mengambil kira situasi kes harian COVID-19 yang masih tinggi di negeri ini.

"Disebabkan peningkatan kes COVID-19 di Sarawak, MBKS telah memutuskan untuk membatalkan bazar Ramadan kita yang sepatutnya diadakan di tempat letak kereta berhampiran Pasar Komuniti Stutong.

"MBKS memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan khayalak ramai yang mungkin berisiko dan berkemungkinan boleh menyebarkan jangkitan COVID-19, yang mana akan menghalang usaha kerajaan dalam membasmi wabak tersebut sepenuhnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wee berkata sudah menjadi tanggungjawab bersama sebagai rakyat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Dengan ini juga saya memohon maaf kepada vendor yang telah menunjukkan minat terlibat dalam bazar Ramadan.

"Namun saya merasakan ini bukan masanya untuk kita mengadakan bazar Ramadan apabila kes menunjukkan peningkatan tinggi," katanya.

Wee berkata namun beliau berharap bazar Ramadan mungkin dapat diadakan pada tahun hadapan.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) turut mengumumkan pembatalan penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini.

Baca juga berita berkaitan

https://www.utusanborneo.com.my/2021/04/07/dbku-batal-bazar-ramadan-2021

Advertisement