Anda di sini

Pemain perlu ada semangat melawan kental: Bung Moktar

Advertisement
 Bung Moktar (bertopi) memberi kata-kata perangsang kepada anggota skuad Sabah FC di bilik persalinan pemain di Stadium Likas, malam semalam.
SEMANGAT: Bung Moktar (bertopi) memberi kata-kata perangsang kepada anggota skuad Sabah FC di bilik persalinan pemain di Stadium Likas, malam semalam.

KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pemain Sabah FC perlu memiliki semangat melawan yang kental apabila berhadapan dengan lawan di padang.

Katanya, semangat melawan ini penting untuk pasukan terutama apabila menghadapi pasukan yang lebih kuat.

"Saya mahu pemain ada semangat untuk berlawan supaya momentum kita lebih meyakinkan, tidak kira pasukan mana yang kita lawan," katanya.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, pemain telah berusaha bermain baik tetapi pasukan memerlukan persembahan yang terbaik.

"Saya tahu anda semua bermain dengan baik namun lakukan yang terbaik untuk pasukan dalam perlawanan ini," kata Bung Moktar yang turun memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada pasukan Sabah FC ketika menentang JDT dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, malam semalam.

Perlawanan itu menyaksikan JDT yang juga juara bertahan mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Arif Aiman Mohd Hanapi seawal minit ketujuh dan Bergson Gustavo seminit selepas itu.

Bung Moktar  yang gusar dengan situasi itu lantas turun ke bilik persalinan untuk menemui dan memberi kata-kata perangsang kepada pemain serta staf kejurulatihan Sabah FC.

Semangat yang ditiup Bung Moktar serta pendekatan baru memulakan babak kedua dengan lebih agresif menyaksikan Sabah FC mendapat sepakan penalti yang disempurnakan pemain tengah Levy Madinda untuk merapatkan jarak kepada 1-2 pada minit ke-58.

Sabah FC bagaimanapun kemudiannya sukar meneruskan rentak garang apabila hanya bermain dengan 10 pemain lebih 30 minit ekoran layangan kad kuning kedua untuk layangan kad merah kepada pemain tenganhnya, Maxisus Musa pada minit ke-59.

JDT memanfaatkan kekurangan itu dan memadamkan sebarang usaha Sabah FC dengan tambahan dua gol untuk melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada tujuh perlawanan dengan kemenangan 4-1.

  • oleh
  • Advertisement