Anda di sini

Musim 10 ‘The Walking Dead’ yang panjang akhirnya sampai penamat

Advertisement
 Gambar fail yang diambil pada 24 Julai 2014 ini menunjukkan gerai jualan untuk pertunjukan televisyen ‘The Walking Dead’ semasa hari pertama acara tahunan ke-45 Comic-Con di San Diego, California. Musim kesepuluh ‘The Walking Dead’ yang tertunda ekoran pandemik akhirnya sampai ke pengakhiran pada 4 April lepas, selepas 19 bulan tertangguh sejak tayangan perdana dan membuatkan rancangan apokalips zombi itu lebih perlahan, kata bintangnya. — Gambar AFP
TAMATNYA MUSIM 10 YANG PANJANG: Gambar fail yang diambil pada 24 Julai 2014 ini menunjukkan gerai jualan untuk pertunjukan televisyen ‘The Walking Dead’ semasa hari pertama acara tahunan ke-45 Comic-Con di San Diego, California. Musim kesepuluh ‘The Walking Dead’ yang tertunda ekoran pandemik akhirnya sampai ke pengakhiran pada 4 April lepas, selepas 19 bulan tertangguh sejak tayangan perdana dan membuatkan rancangan apokalips zombi itu lebih perlahan, kata bintangnya. — Gambar AFP

MUSIM kesepuluh ‘The Walking Dead’ yang tertunda ekoran pandemik akhirnya sampai ke pengakhiran pada Ahad, selepas 19 bulan tertangguh sejak tayangan perdana dan membuatkan rancangan apokalips zombi itu lebih perlahan, kata bintangnya.

Adaptasi komik itu, dengan hero popularnya Rick Grimes telah lama pergi, masih kekal siri paling banyak ditonton di Amerika (tidak termasuk saluran premium seperti HBO) dan sedang melangkah masuk pengakhiran yang dinanti-nantikan dengan musim 11 akan menyusul.

“Ia lebih relevan dalam pandemik ini,” kata Paola Lazaro, ahli baharu dalam musim ini sebagai Juanita Sanchez, atau Princess.

Siri ini “mengajar kita bagaimana untuk menyatukan semula masyarakat selepas keadaan menjadi teruk, ataupun dimusnahkan,” katanya.

‘The Walking Dead’ berkisar tentang pengembaraan menggerunkan sekumpulan manusia yang telah menempuhi malapetaka akibat virus yang menukar orang mati menjadi zombi yang laparkan manusia dan boleh menjangkiti.

Apabila virus sebenar, COVID-19, menghentikan rakaman selama beberapa bulan, musim kesepuluh telah dibahagi kepada dua bahagian, dan enam episod terakhir dirakam di bawah protokol kesihatan ketat.

Hasilnya, banyak babak hanya dapat menampilkan satu atau dua karektor dalam pada masa yang sama.

“Episod COVID membuka peluang kepada kita untuk mendalami karektor ini dan bermonolog,” kata Lazaro, menggambarkan pengalaman itu sebagai “sesuatu yang  seronok buat saya.”

Itu bermakna banyak cerita susulan dan perkembangan karektor ditayangkan dalam episod akhir.

Namun peminat ‘Walking Dead’ telah sedia maklum, tiada karektor, tidak kira betapa popular mahupun utama, selamat daripada kematian tiba-tiba yang menggerunkan.

Lazaro mengakui dia sendiri tidak pasti sama ada Princess akan tampil dalam musim ke-11 pengakhiran semua siri, yang dijangka ditayangkan lewat tahun ini dan dalam 2022.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku dengan karektor ini, saya hanya menurut ayat demi ayat, saat demi saat,” katanya

Sungguhpun musim ke-11 merupakan penamat ‘The Walking Dead’, zombi akan terus menghantui skrin TV, berikutan perkembangan berterusan siri-siri dalam alam yang sama.

Rancangan baharu berdasarkan karektor Daryl Dixon dan Carol Peletier dijangka dalam 2023, selain rancangan yang sedang ditayangkan ‘Fear The Walking Dead’ dan ‘The Walking Dead: World Beyond’. — AFP

Advertisement