Anda di sini

Harga petrol RON95 dan diesel kekal, RON97 naik dua sen

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 8 hingga 14 April ini. 

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan harga petrol RON97 pula naik dua sen kepada RM2.54 seliter.

Menurut kenyataan tersebut, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat melebihi harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu. - Bernama 

Advertisement