Anda di sini

Gagal letak tanda harga, peniaga dikompaun RM200 

Advertisement
 Pegawai KPDNHEP memeriksa bekalan minyak masak di salah sebuah premis sekitar sini.
PERIKSA: Pegawai KPDNHEP memeriksa bekalan minyak masak di salah sebuah premis sekitar sini.

KUDAT: Seorang peniaga dikompaun sebanyak RM200 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini.

Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, peniaga terbabit didapati melakukan kesalahan tidak meletakkan harga pada barangan yang ada di premis berkenaan.

"Semasa menjalankan pemeriksaan premis perniagaan sekitar sini, Pegawai KPDNHEP Kudat mendapati pemilik premis gagal meletakkan tanda harga pada telur ayam yang dipamerkan untuk jualan. 

"Akibat dari itu peniaga terbabit dikenakan tindakan kompaun serta merta sebanyak RM200 kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya.

Menurutnya, dalam operasi sama pihaknya juga mendapati bekalan minyak masak di sekitar daerah itu adalah mencukupi dan mudah didapati.

"Secara keseluruhannya peniaga yang diperiksa pada hari ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Advertisement