Anda di sini

DBKU batal bazar Ramadan 2021

Advertisement
 

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) membatalkan penganjuran Bazar Ramadan di kawasan Satok, Semarak dan Sukma Ria 2021.

Pengarahnya, Dr Morshidi Ahmad menerusi kenyataan di media sosial DBKU berkata keputusan itu dicapai selepas mengambilkira keadaan semasa COVID-19 di Sarawak.

"Hal ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semula COVID-19 sekaligus merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak ini sepenuhnya," katanya hari ini.

Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu Kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19 dengan mematuhi SOP dan arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dikuatkuasakan, jelasnya lagi.

Advertisement