Anda di sini

Atlet angkat berat wanita Sabah catat rekod baru kebangsaan

Advertisement
 Atlet angkat berat Sabah yang bertanding di Melaka bersama jurulatih angkat berat pelapis kebangsaan, Nicholas Wong (tengah) yang juga bekas atlet Sabah.
MEMBANGGAKAN: Atlet angkat berat Sabah yang bertanding di Melaka bersama jurulatih angkat berat pelapis kebangsaan, Nicholas Wong (tengah) yang juga bekas atlet Sabah.

KOTA KINABALU: Tiga atlet angkat berat wanita Sabah, Nelcy Tunik, Elly Cascandra dan Marceeta Marlyn Marcus  mencatat rekod baru kebangsaan di Melaka kelmarin.

Ketiga-tiga atlet itu mewakili Majlis Sukan Negara (MSN)  pada Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan 2021 dan  Kejohanan Dalaman Pemilihan Atlet Ke Sukan SEA 2021, Vietnam yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka, 6-9 April.

Elly mencatat rekod baru kategori 55kg dengan angkatan keseluruhan 175kg selepas melakukan angkatan 80kg dalam acara snatch dan 90kg acara clean & jerk (jerk).

Nelcy mencatat rekod baru kebangsaan kategori 49kg dengan angkatan keseluruhan 151kg menerusi 65kg angkatan snatch dan 86kg angkatan c&j.

Marceeta pula mencatat rekod baru kebangsaan kategori 59kg dengan angkatan keseluruhan 188kg selepas melakukan 81kg angkatan snatch dan 107kg angkatan c&j.

Ketiga-tiga atlet wanita Sabah itu juga menjauarai kategori masing-masing.

Seorang lagi atlet Sabah, Kevdylan Wong yang melanjutkan pelajaran di Johor turut bertanding dalam kategori 67kg lelaki dan berjaya menduduki tempat kedua dengan angkatan keseluruhan 260kg (110kg snatch, 150kg c&j).

Presiden Persatuan Angkat Berat Sabah (SWA), Philip Gisan ketika memaklumkan perkara itu kelmarin berharap, pencapaian tiga atlet wanita Sabah membolehkan mereka tersenarai dalam skuad negara ke Sukan SEA 201 Vietnam.

"Sebenarnya Elly, Nelcy dan Marceeta memang sudah dalam senarai awal skuad negara. Bagaimanapun Jawatankuasa Pemilihan PABM (Persekutuan Angkat Berat Malaysia) dan  MSN akan bersidang selepas kejohanan ini untuk menetapkan kelayakan ke Sukan SEA  Vietnam 2021.

"Harap-harap mereka layak untuk disenaraikan," kata Philip.

  • oleh
  • Advertisement