Anda di sini

Aguwell/Carlester juara Beregu Lelaki B15 Kejohanan AEON Cerdit Purple Leauge Junior 2020 

Advertisement
 Aguwell (kiri) dan Carlester bersama hadiah juara Beregu Lalaki Bawah 15 Tahun Kejohanan AEON Cerdit Purple Leauge Junior 2020.
JUARA: Aguwell (kiri) dan Carlester bersama hadiah juara Beregu Lelaki Bawah 15 Tahun Kejohanan AEON Cerdit Purple Leauge Junior 2020.

KOTA KINABALU: Aguwell Andrew, pamain kelahiran Kota Marudu yang berpasangan dengan Carlester Cleve James dari Kota Kinabalu menjuarai kategori Beregu Lelaki Bawah 15 Tahun pada Kejohanan AEON Cerdit Purple Leauge Junior 2020 baru-baru ini.

Pasangan di bawah naungan Persatuan Badminton Sabah (SBA) dan mewakili DSBC Labuan ini menewaskan  pasangan daripada Club AKSC iaitu Gerard Liau Jia Yit/Goh Shao Tang 3-1 pada saingan akhir yang berlangsung di Dewan Sixbase Sports Arena Kampar Perak.

 Aksi Aguwell Andrew.
ENGGAN MENGALAH: Aksi Aguwell Andrew.

Selaku juara mereka membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai RM1,000.00.

Seramai 500 orang pemain daripada 40 kelab badminton menyertai kejohanan yang berlangsung pada 31 Mac hungga 4 April dan  menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM26,400.00 berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Pasukan DSBC Labuan Dato Sri Goh Sin Han mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasangan Aguwell Andrew dan Carlester Cleve James di atas kejuaraan yang diraih.

Katanya kemenangan ini merupakan satu kebanggaan bagi DSBC Labuan. 

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pemain yang berjaya melangkah ke separuh akhir antaranya Marcella Andrew bagi acara Perseorangan Perempuan Bawah 18 Tahun, Goh Shuen Tong/Quinton Yap (Beregu Campuran B18 Tahun), Demond Anthny/Naldo Fong Kuo Yoong (Beregu Lelaki B18 Tahun) dan Calister Clave James (Perseorangan Lelaki B15 Tahun).

 Barisan pemain pasukan DSBC Labuan merakamkan album kenangan.
MEMBANGGAKAN: Barisan pemain pasukan DSBC Labuan merakamkan album kenangan.

"Tahniah juga kepada kelab-kelab badminton di daerah Kota Marudu, Kota Kinabalu, Kota Belud dan SBA kerana mampu melahirkan bakat-bakat baharu badminton dan seterusnya mampu barsaing dengan pemain dari kelab-kelab badminton ternama di semenanjung.

"Ini merupakan pencapaian yang sungguh membanggakan," jelasnya.

Beliau mengharapkan agar pihak BAM memberikan peluang kepada pemain-pemain ini ditawarkan ke ABM agar bakat mereka dapat diasah lagi.

  • oleh
  • Advertisement