Anda di sini

‘The Man Who Sold His Skin’ calon Oscar pertama dari Tunisia

Advertisement
 

FILEM ‘The Man Who Sold His Skin’ merupakan sebuah kisah dongengan politik yang membingungkan yang dirakamkan dengan estetik sofistikated, dan pencalonan Tunisia yang pertama kalinya dalam Anugerah Oscar.

Sebahagian satira yang gelap manakala sebahagian lagi drama romantik, filem yang menceritakan tentang kisah seorang pelarian Syria yang patah hati bernama Sam Ali (Yahya Mahayni) yang berjaya pergi ke Eropah hasil satu perjanjian Faustian.

Selepas seorang artis kontemporari mencacahkan tatu visa Eropah Schengen di belakangnya, Ali mendapati dirinya mampu untuk merentasi sempadan antarabangsa sebagai satu hasil seni yang hidup.

Penulis-pengarah Tunisia Kaouther Ben Hania menjelajah keluar dari negara asalnya untuk menyelami dua dunia yang berbeza – mengenai pelarian dan seni kontemporari.

“Saya tidak dapat tahan dengan pemangsaan pelarian lagi,” kata pengarah itu, Ben Hania.

“Niat saya dari awal adalah untuk menjadikannya hero kontemporari dan menjadikan pengembaraan itu kelebihannya.”

Kisah ini sebahagiannya diinspirasi oleh kisah sebenar seorang lelaki Belgium, Tim Steiner, yang menjual hak untuk membuat tatu belakangnya, kadang-kala mempamerkannya, dan mendapat semula kulitnya selepas kematian kepada artis Wim Delvoye yang tampil sebagai kameo dalam filem itu.

Filem itu melakukan penggambaran di Perancis, Belgium dan Tunisia, menyelit tona kasar dan lembut dalam pada menampakkan kekejaman yang keanehan sebuah sistem di mana objek boleh berpindah-randah lebih bebas daripada manusia.

‘The Man Who Sold His Skin’ (Lelaki Yang Menjual Kulitnya) telah disenarai pendek dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Oscar, yang berlangsung pada 25 April.

Monica Bellucci memain-kan watak pekerja galeri mana-kala Yahya Mahayni menjadi seorang pencinta kebebasan yang berubah angin antara riang dan marah dalam situasi tegang.

 Ben Henia (tengah) bersama pengeluar Mohamed Habib Attia (kiri) dan pelakon Syria Yahya Mahayni menghadiri tayangan pertama filem ‘The Man Who Sold His Skin’ di Tunisia pada 30 Mac lepas.  Filem pertama dari Tunisia yang berjaya mendapat pencalonan di Anugerah Oscar itu mengisahkan tentang seorang pelarian Syria yang membenarkan seorang pelukis tatu menggunakan belakangnya sebagai kanvas supaya dapat pergi ke Eropah. — Gambar AFP
PELUANG: Ben Henia (tengah) bersama pengeluar Mohamed Habib Attia (kiri) dan pelakon Syria Yahya Mahayni menghadiri tayangan pertama filem ‘The Man Who Sold His Skin’ di Tunisia pada 30 Mac lepas. Filem pertama dari Tunisia yang berjaya mendapat pencalonan di Anugerah Oscar itu mengisahkan tentang seorang pelarian Syria yang membenarkan seorang pelukis tatu menggunakan belakangnya sebagai kanvas supaya dapat pergi ke Eropah. — Gambar AFP

Walaupun pelarian itu “tidak mempunyai hak ke atas tubuh sendiri” dalam sebahagian cerita itu, “dia akhirnya mendapat kawalan semula”, kata Ben Hania.

Karektor dalam cerita itu “menyerupai saya, dikerah ke tahap paling ekstrem”, katanya.  

Seperti pelarian Syria, menurutnya, dia berhadapan dengan “masalah dokumentasi untuk pergi ke Perancis”.

Filem terdahulunya telah memenangi anugerah, termasuk ‘Beauty and the Dogs’ tentang perjalanan seorang wanita untuk keadilan selepas dirogol, dan ‘Zaineb Hates the Snow’, sebuah dokumentari remaja Tunisia yang berhijrah ke Kanada.

Pencalonan Oscar itu “gempar” akui Ben Hania, namun dia menyesali kekurangan sokongan untuk wayang di Tunisia.

Filem itu dihasilkan bersama dengan 25 rakan antarabangsa, dan dirakam oleh seorang sinematograf Lubnan, Christopher Aoun.

Meraih bajet 2.5 juta euro merupakan “suatu cabaran”, menurut penerbit bersama Nedim Cheikhrouha, yang menyatakan projek itu hampir gagal setahun lalu akibat kekurangan dana.

Di Anugerah Oscar, ‘The Man Who Sold His Skin’ mempunyai sumber promosi terhad berbanding pesaing lain, kata penerbitnya.

Ben Hania, yang berkata kini beliau sedang mengusahakan sebuah filem baharu, berharap dengan pencalonan itu sekurang-kurangnya dapat, “membuatkan filem saya yang seterusnya sedikit mudah.”

‘The Man Who Sold His Skin’ yang telah pun ditayangkan di Tunisia pada minggu lepas memulakan tayangan di Amerika Syarikat pada 2 April lepas. — AFP

Advertisement