Anda di sini

Tak peka siren ambulans

Advertisement
Keadaan kedua-dua kenderaan dalam nahas pada Isnin.
Keadaan kedua-dua kenderaan dalam nahas pada Isnin.

KUCHING: Tidak peka dengan siren dipercayai punca kemalangan membabitkan sebuah van dan ambulans di persimpangan lampu isyarat Jalan Datuk Marican Salleh, pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata pemandu van berusia 38 itu tidak menyedari ambulan tersebut melintasi hadapannya lalu merempuh bahagian tepi sebelah kiri ambulan.

Menurutnya, kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 9.40 pagi ketika ambulans dari Klinik Kesihatan Tanah Putih itu dalam perjalanan menghala ke Jalan Kwong Lee Bank membawa seorang pesakit wanita.

"Ketika sampai di persimpangan lampu isyarat semasa lampu isyarat hijau, tiba-tiba ambulans dilanggar sebuah van di bahagian pintu depan dan tengah sebelah kiri.

"Siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan pemandu van tidak peka dengan siren kecemasan ambulans yang lalu melintasi jalan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Impak daripada pelanggaran tersebut menyebabkan pemandu dan penumpang van yang merupakan pasangan suami isteri mengalami kecederaan.

"Pemandu van cedera ringan di kepala dan penumpang hadapan mengalami kecederaan parah dan kedua-duanya dirawat di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS).

"Manakala pemandu, penumpang dan pesakit di dalam ambulans dilaporkan tidak mengalami kecederaan," katanya.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement