Anda di sini

Eksekutif syarikat direman, bantu siasatan tuntutan palsu lebih RM5 juta

Advertisement
Suspek diiring pegawai SPRM selesai prosiding di sini, hari ini.

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah reman empat hari bermula hari ini terhadap seorang eksekutif syarikat bagi membantu siasatan kes berkaitan tuntutan palsu sebanyak RM5,828,220.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Zubaidah Sharkawi terhadap suspek wanita berusia 41 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) 2009.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Suspek yang memakai pakaian pejabat itu tiba di Kompleks Mahkamah Kuching sebelum jam 9 pagi tadi diiringi pegawai SPRM.

Tambah sumber, suspek yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sini, dipercayai memalsukan penyata akaun bank untuk mendapatkan tender perkhidmatan membekal makanan bermasak ke asrama bagi sebuah sekolah menengah di Matang, di sini, mulai 2017 hingga 2019 (24 bulan) berjumlah RM5,828,220.

  • oleh
  • Advertisement